September 24, 2009

❤ Selamat Berhari Raya

Kenangan bersama di rumah aku selepas mengemas rumah akibat banjir .... hehehe







Rasa mcm kurang besh ajer berhari raya pd tahun nih... Mane tak nye, abah 5 hari sebelum hari raya dah berlepas ke Jawa Tengah utk berhari raya bersama saudara2 yg ada di sana .... hrmmmm .... Mama pulak asek sedih aje coz abah takde di sisi semasa berhari raya .... Lepas tu dugaan lagi menimpa, rumah kami banjir lagi sebelum raya .....

Kemudian, kami terpaksa dipindahkan ke rumah kak ela, klau tak ketua kampung suoh kami pindah ke Balai raya ... tak mao lahhh kamik!!.... Mane taknye tak pernah2 banjir sampai paras paha ... masuk dalam umah plak tu.. jenuh gak lah mengangkt barang2...

Lepas hujan lebat raya kedua, panas terik plak ... Alhamdulillah banjir cepat surut, cepat2 ptg raya kedua kami bergegas balik bergotong royong mengemas rumah ...

Tapi, yg paling seronoknye tahun ni dapat berhari raya lagi bersama my fiancee... Alhamdulillah, 3 kali berhari raya kami tetap bersama ....

Semalam sempat juga aku mengikut affiz berhari raya bersama pakcik n makcik nye berhari raya ke Dengkil, Puchong n Klang ... Seronok sangat waktu dapat join derang ....






♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

September 10, 2009

❤ Bunga Telur Part 1

Hasil kreativiti my mom, bunge telor ala tradisional ... hehehe hampir siap dah ... tq mama ... luv u so much!!!



Hasil kerja tangan my mama ....

Bunga Daisy
Bunga Carnation Merah
Bunga Carnation Pink
Bunga Rose Pink
Bunga Rose Putih
Bunga Rose Merah
Bunga Daisy Pink

Bunga Skol ..
Bunga Rose Kuning ..

terima kasih sesangat kat mama kerana sudi dan bertungkus lumus menyiapkan bunga telor ini ....





♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

September 5, 2009

❤ Petua Kecantikan Part 2



:: PENAWAR GASTRIK ::
Minum air parutan kunyit yang dicampurkan dengan sedikit madu, ia juga boleh dicampurkan dengan kuning telur. Selamat Mencuba !

:: LEMBUT DAN HALUSKAN RAMBUT ::
Ambil sebatang daun lidah buaya dan dibuang kulit. Lendirnya disapukan ke seluruh rambut. Biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan selama 2 atau 3 kali seminggu. Pasti rambut akan kelihatan lembut , halus dan lebat. Ia sesuai bagi bayi yang baru bercukur.

:: HILANGKAN PANAU MUKA ::
Ambil seketul halia dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian sapukan pada tompokan panau tersebut. Amalkan setiap malam sebelum tidur. InsyaAllah panau akan beransur hilang.

:: PENAWAR ANGIN AHMAR ::
Daging burung merpati, sama ada dibuat suo atau masakan lain. Banyak khasiat yang terdapat dalam si burung merpati. Ia juga sesuai untuk ibu mengandung. Selamat Mencuba!.

:: KURANGKAN SEMBAP MATA ::
Ambil uncang teh yang sudah diguna. Kemudian sejukkan uncang tersebut selama 15 minit. Selepas itu letakkan di atas mata bagi mengurangkan sembap tersebut.

:: KEMPISKAN PERUT ::
Ambil seketul halia dan sedikit asam jawa. Campur kedua-dua bahan tersebut. Sapukan pada perut dan biarkan selama 1 jam. Lakukan selama 45 hari setiap hari. Balut perut dengan tuala supaya ramuan meresap ke kulit. Selamat Mencuba!




♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

September 1, 2009

❤ Petua Kecantikan Part 1

:: KURANGKAN KULIT BERKEDUT ::
Wanita akan mula rasa tertekan jika melihat kedutan di wajah. Petua yang disediakan ini mungkin dapat mengurangkan masalah yang dihadapi. Caranya aialah parut sebatang lobak merah kemudian campurkan dengan kuning telur dan tepung jagung. Kacau kesemua bahan-bahan hingga sebati. Lumurkan pada wajah dan amalkannya sekali dalam sehari. Sebelum tidur , bilas dengan air suam.

:: MENGHILANGKAN TANDA HITAM MATA ::
Kewujudan tanda hitam di bawah mata menjadikan penampilan kurang bermaya. Bagi mengembalikan keadaaan normal, anda boleh mencuba petua ini. Mula-mula , sediakan perahan lemon dan campurkan air suam. Sapukan ke bahagian bawah mata 2 kali sehari . Cara lain pula ialah dengan menyapu sedikit minyak sapi. Biarkan ia selama 10 sehingga 15 minit sebelum membilasnya. Seelok-eloknya petua ini dilakukan pada sebelah malam sebelum masuk tidur.

:: MENGECILKAN PAHA BESAR ::
Jintan boleh dijadikan penawar dalam mengatasi melangsingkan tubuh badan seperti perut dan juga paha.Caranya, rebus jintan. Biarkan mendidih seketika barulah diangkat. Tunggu air rebusan jintan itu sejuk dan setelah itu boleh lah diminum.Bagi melihatkan hasil positif , amalkan meminumnya sebanyak 2 atau 3 kali seminggu



♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Fully Design By Cik Rose Cute | For ADEK M@NJA 2013 ©| Best View: Google Chrome