December 27, 2010

❤ Pajeri Terung dan Telur



Tetiba saya teringat pula menu pajeri terung yg di gemari mak saudara saya .... tergerak nak buat sebab nampak terung, otak dah terfikir pajeri terung aje .... check it out :-

Resipi :~

~ 3 biji terung panjang
~ 8 biji telur rebus
~ 3 ulas bawang merah*
~ 5 ulas bawang putih*
~ 1 inci halia*
~ Udang kering*
~ 1 btg serai*
~ 3 sb cili kisar
~ 3 sb serbuk kari Baba's
~ 1 sb kerisik
~ Sedikit air
~ minyak masak
~ sedikit gula, garam & serbuk perasa

Cara Memasak :~
- Goreng terung dahulu
- Tumbuk bahan bertanda *
- Tumiskan bahan bertanda* dan cili kisar sampai pecah minyak
- Masukkan rempah kari dan sedikit air, masak lagi sampai pecah minyak
- Masukkan kerisik
- Perasakan dengan gula, garam & serbuk perasa
- Masukkan telur dan terung yang sudah di goreng terlebih dahulu

Siap!!



♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

❤ Mihun Sup Utara


Resipi kali ini adalah Mihun Sup Utara yg saya cedok dari Majalah Rasa ... memang besh resipi ni, hubby pon sampai berulang-ulang makan ... resipi yg simple dan mudah utk di sediakan utk ahli keluarga...

Resipi Mihun Sup Utara :-

** Utk Mihun **
~ 1 bungkus mihun cap bintang
~ 1 sb serbuk kunyit

Caranye :-
~ Rendam mihun bersama serbuk kunyit, kemudia di celur smpai lembut

** Utk Kuah **
~ 500g daging
~ 4 ulas bawang merah *
~ 4 ulas bawang putih *
~ 1 inci halia *
~ 1 bgks Soup Bunjut
~ 1 btg Kulit Kayu Manis
~ 2 biji Bunga Lawang
~ 5 biji Bunga Cengkih
~ 3 biji Buah Pelaga
~ 2 sb Serbuk Lada Hitam
~ 1 btg Lobak Merah - dihiris
~ Daun Sup 50 sen
~ Garam & Serbuk Perasa

Cara nye:-
~ Tumbuk bahan bertanda *
~ Didihkan seketul daging bersama bahan tumbuk, sup bunjut dan bahan-bahan yg lain
~ Perasakan dengan garam & serbuk perasa
~ Bila daging sudah lembut angkat dan sejukkan, di hiris nipis
~ Masukkan Lobak dan Daun Sup

Bahan Hiasan:-
~ Tahu di goreng dan potong nipis
~ Bawang Goreng
~ Daging yg sudah dihiris nipis

** Resipi Sambal Kicap
~ 2 ulas bawang merah
~ 10 biji cili padi
~ Kicap cap kipas udang
~ 1 biji limau kasturi
Caranye :-
~ Goreng bawang merah bersama cili kemudian tumbuk
~ Campurkan dengan kicap dan asam limau




♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

December 19, 2010

❤ Konvoi Anjuran Pemuda & Puteri DUN Tg. Sepat

Pada 18 & 19hb yang lalu kami telah menyertai konvoi yang di anjurkan oleh Pemuda & Puteri UMNO DUN Tg Sepat... seramai 450 orang belia telah menyertai konvoi ini .... besh sesangat coz 1st time menyertai konvoi.... Kesemua peserta mula berkumpul di Pantai Morib pada jam 10.00am dan konvoi dilepaskan pada jam 01.00pm menuju ke Sunshine Beach Resort, Port Dickson...

Hubby sempat pose dgn polis traffic daerah Banting di Morib

Sporting betol laaa polis ni leh amik gambo dgn budak2 yg x berlesen tuh ...hahaha


Peserta sedang mendengar taklimat mengenai tentatif program dan peraturan konvoi

Ramai tuuuu.....
Abg Marshall berkuasa tinggi menjadi follower pergi dan balik
Pelbagai macam ragam .... ade yg motor rosak dan sebagainya sepanjang perjalanan....

Paling besh bila kenderaan kami semua di dahulukan, kenderaan lain kena ke tepi yer utk melancarkan perjalanan kami ....

Konvoi kami ......

Berhenti sebentar di Petronas Tanah Merah,thanz abg marshall yg menjaga traffic...

Hubby ckp, 'bilalaaa nak merasa bawak motor besar ...hahaha dapat pandang je laaa


Penunggang motosikal sedang mengisi minyak


hihihi... aku yg berada di dalam Honda Jazz hitam ittewww....

Hubby sempat pose
suka plak tgk plat kereta satria ni yg di parkir di Sunshine Beach Resort...

Bersama fara, epy & khalida yg tumpang kenderaan kami...

Syamimi dan Akim, sampai kecut mandi kat laut pastu sambung mandi kat kolam plak... excited btol....

Tengok laaa muka sy yg penuh dgn chicken pox, x ketinggalan ikut BBQ pada malam tersebut....

Ratah ikan dan ayam yang menyelerakan ..... serius sedap!!


hubby yg ikut serta pertandingan karaoke, tp x menang ...hahaha

Nak bertolak balik, hubby sempat pose bersama Dato' Hj Karim selaku sponsor konvoi kami...

Nak sampai Kundang, ade xcdnt plak, salah seorang peserta terus terjun ke sungai dgn motor2nya sekali,kat situ memang kawasan kemalangan maut...

Ini motornya .....

hubby serahkan kunci motor ..... tp, budak tu terpinga2 plaknye ... hahaha

Para penunggang motosikal berpatah balik bila mengetahui ade kawan mereka xcdnt...



♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

December 13, 2010

❤ 1st Anniversary 2010

Pertama skali sy nak ucapkan jutaan terima kasih kpd suami sy iaitu Mohamad Haffiz Bin Bachok yg sanggup bersusah payah mengadakan jamuan secara kecil2an sempena Ulangtahun Perkahwinan kami pada 13 Disember 2010 di cyber cafe kami ... hahaha, walaupon masa itu saya tak berapa sihat kerana chicken pox, tp layankan jugak laaa... thanz awak.... :)

Kek Choc Moise kami yang sedap sesangat ... hahha
bersama sedikit makanan ringan...
Jom.. jom ... kite potong kek!

bertukar-tukar posisi... hahaha

Alolorrr ... baru nak suapkan kek terjatuh kat tudung plak nye ... erm...
nak suap2 plak nye ....
hihihi,... kena tukar2 la plak nak menyuap

kecoh betol laa hubby nih, nak jemput org makan pon janganlaa kaso sgt ... hahaha


jemput semua customer yg dtg pada mlm tersebut...


customer2 kami...





♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Fully Design By Cik Rose Cute | For ADEK M@NJA 2013 ©| Best View: Google Chrome