June 30, 2009

❤ Virus H1N1


Pada hari Jumaat yang lepas kami iaitu Ahli Pu3 dari ADUN Sepang telah mengadakan kempen iaitu mengedarkan 'flyer' dan 'face mask' berkenaan Virus H1N1 kepada orang ramai di Terminal LCCT, Air Asia KLIA ....

Tumpuan di beri kepada penumpang yang baru turun di Terminal LCCT itu ... Pelbagai gelagat dari orang ramai ketika di beri 'flyer' dan 'face mask' , ade yang sudi ambil tp ade jugak yg geleng kepala tak nak ... huhuhu malu pon ade jugak ... tp x pe lah cari pengalaman dan sebenarnya aktiviti utk suke2 ajer hehehe

Rimas gak tau pakai facemask ni rupenya hehehe
sesak nafas kejap ... adesh ....
Ketua Cawangan kami Kak Dedek menunjukkan kotak yg terkandung facemask utk di edar kpd org ramai...
My Cousin ... turut serta di dalam kempen ini ...
Para Ahli Puteri Sepang sedang beratur utk mengedarkan 'flyer' dan facemask kepada penumpang yg baru turun dari kapal terbang
Sedang mengedarkan flyer & facemask kepada orang ramai



♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

June 28, 2009

❤ Ketahui Asas Sebuah Perkahwinan Bahagia



1 ~ Berkongsi Tanggungjawab

Suami isteri adalah orang yang saling bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan. Masing- masing perlu memahami makna sebenar perkahwinan dan sentiasa berbincang. Jangan sampai timbul rungutan yang boleh mengguris hati pasangan.

Sebagai contoh, di awal perkahwinan bincangkan bagaimana pasangan akan melakukan kerja rumah. Berkahwin bukan bermakna melantik isteri menjadi orang gaji tetapi sentiasa bersama dalam susah dan senang.

2 ~ Pasangan sebagai teman terlalu istimewa

Bagi mengekalkan kebahagiaan rumahtangga pula, anggaplah pasangan sebagai teman yang terlalu istimewa. Pasangan kitalah sebagai tempat mencurah kasih, mengadu masalah dan bermanja.

Perkahwinan juga melibatkan perubahan falsafah hidup seseorang. Sebagai contoh mereka mula belajar apa yang pasangan mereka sukai seperti hobi dan minat. Jumlah waktu yang diperuntukkan juga akan berubah.

Sekiranya hobi pasangan langsung tidak di sukai, ambil jalan tengah dengan bersama-sama pasangan melakukan hobi mereka. Lambat laun dengan sendirinya kita akan dapat menerima pembahagian itu. Melalui cara itu juga kemesraan dan kebahagiaan akan dapat dipipuk.

3 ~ Perancangan Masa Depan

Perancangan untuk jangka masa panjang sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian. Persoalan seperti masalah tempat tinggal dan perancangan anda perlu diteliti sebaik mungkin . Perlu juga diingat ia melibatkan dua set keluarga kerana perkahwinan akan menyatukan dua buah keluarga yang saling tidak mengenali.

Misalnya isteri perlu memahami tanggungjawab suami terhadap kedua ibubapanya. Jangan pada awal - awal lagi isteri sudah mengawal suami. Sebaliknya isteri perlu banyak bersabar dan berbincang. Ini kerana keduanya dibesarkan dengan nilai - nilai yang begitu berbeza jadi untuk mencapai kesesuaian sudah pastilah ia memerlukan sedikit masa.



♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

June 15, 2009

❤ My Luv Berhijrah

Sayu sangat ari nih bile affiz cakap nak berhijrah ke Melaka ... terkejut mmg terkejut coz dia cakap and pergi pon secara mengejut ....

Tujuannye adalah kerana sudah dapat kerja baru sesuai dengan minatnye ... Mula2 aku mmg menghalang niatnye ... tp bile di fikirkan balik ... biarlah dia pergi ... biarlah dia mencari pengalaman di negri orang ...

Serius, selama perkenalan kitorang ... baru ni lah kami berjauhan ... hmmmm ... sedihnye ... windunye kat dia ... aku berdoa dan berharap dia akan sentiasa selamat semase berada di sane ...
luv u sayaanngg ... take care ...

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

June 3, 2009

❤ Pelamin Impianku


Yup... ini merupakan Pelamin Impian aku .... x delah sebijik mcm ni ... tp lebih kurang lah.
Bile aku explore kat tenet rupenya konsep pelamin ini adalah pilihan Erra bersama Engku Emran masa hari pertunangan mereka ...

berkenan betul lah ... actually lame dh aku cari pelamin konsep mcm ni ...
huhuhu harap2 dan berdoa agar impian aku tercapai ....



♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Fully Design By Cik Rose Cute | For ADEK M@NJA 2013 ©| Best View: Google Chrome