February 13, 2017

Jom Order Karipap Gergasi Meraung!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pelawat-pelawat Corat Coret Acik Wawa yawww.... heeee 
Nak open order Karipap Gergasi Meraung ni esp kepada yang belum rasa dan teringin nak rasa, kepada yang nak berniaga dan special untuk regular customer ahaksz ...

WA 012-380 6535 : Acik Wawa

COD area :
Kg Batu Laut
Kg Kundang
Kg Tanjong Sepat
Kg Tumbuk
Pantai Bagan Lalang
Pekan Sungai Pelek
Gold Coast Resort Morib
Pantai Morib
Kanchong Darat
Pekan Banting

Minimum order 6 biji ya ...

Pilihan inti boleh tengok entri sebelumnya ..





♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

Inti Karipap Gergasi Meraung!

Untuk makluman, pelbagai variasi inti Karipap Gergasi Meraung tu tau antaranya adalah :-

- Inti Ayam
- Inti Sardin
- Inti Sosej
-Inti Telor Rebus
- Inti Cheese

 Inilah isi kandungan Karipap Gergasi Meraung .... basic letak inti kentang + lobak merah ... inti ayam (goreng dan carik-carikkan) , letak daun soup dan bawang goreng

 Ini pula adalah inti Sardin ... saya letak 1/2 ekor tau heeee

 Ini pula inti Sosej ... saya letak 1 batang Sosej biar terasa sosej nya heee

Ini inti Telor Rebus ... 1 biji telor rebus ... gred A ya heee

Ini pula adalah inti Cheese ... Cheesedale + Mozarellah Cheese

Amacaaaammm ok tak ... berpatutan kan harga nya .... tu semua saiz 1 pinggan makan...
WA 012-380 6535 untuk tempahan - Acik Wawa

COD area Banting ke Sungai Pelek ...

Mana yang datang bercuti ke Pantai Morib atau Bagan Lalang boleh pm untuk order, saya boleh COD ke sana ya ...



♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

Karipap Gergasi Meraung!

Assalamualaikum uoaallllsss hahhaa ... entry kali ni pasal #karipapgergasi meraung! ... Sebenarnya tak nak letak kat private blog ni tapi pasal saya pernah buat blog biznes Karipap Gergasi Waffiz lepas tu lama tak update dah laa lupa password ... Masalah bila nak update info terbaru pasal Karipap Gergasi Meraung ni huhuhu ...

Masih ada yang berminat ke..? Alhamdulillah tQ kepada mereka yang pernah Whatsapp dan berurusan dengan saya... Kebanyakannya luar dari kawasan Banting, Selangor. Bila saya tanya mana dapat info pasal #karipapgergasi ni rata-rata btau Google je ...

Saya minta maaf kepada mereka yang minta pos laju sebabnya ni frozen, saya takut #karipapgergasi akan basi pula intinya, saya tak pasti untuk gunakan kaedah apalagi selain dari COD ... Kalau nak COD pon saya akan mintak minimum order 30 biji ke atas untuk yang luar kawasan Banting sebab saya tak kira kos minyak kereta, heeeee harap maklum harga minyak kenderaan kan dah naik heee...

Untuk makluman saya masih lagi membuat #karipapgergasi frozen lagi ... harga 1 biji RM3.50 dan 3 biji RM10.00 ... frozen dan goreng harga sama. Kalau ada penambahan Cheese kena tambah RM1.50 untuk setiap biji sebab saya mengguanakan Cheesedale dan Mozarella Cheese...

Untuk yang nak ingin berniaga saya boleh bagi harga RM2.50 untuk setiap biji tapi minimum order 50 biji ya ... Korang boleh jual balik harga RM 4.00 ke RM4.50 tau heee...'

 Inilah rupa Karipap Gergasi Meraung saya .... gebusss je kan heee

Saiz lebih besar dari tapak tangan dewasa ... harap maklum heee

Oh yaaa ... untuk pengetahuan lokasi saya berdekatan dengan tempat percutian Gold Coast Resort Morib tu tau ... mana-mana yang datang singgah bercuti tu boleh laaa WA saya di nombor 
012 3806535 untuk pesanan... heeee


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

December 26, 2016

Aku Dah Penat


Assalamualaikum wahai kawan-kawan blog semua, semoga Allah swt permudahkan segala urusan kalian didunia dan akhirat nanti. Entry saya kali ni 'Aku Dah Penat' huhuhu, maksudnya .... hahaha, nampak tak muka yang dah penat tu,errrmmmm ...

Tak tau dah naip apa, sebab hanya untuk meluahkan perasaan di blog sendiri lepas luahkan segala-galanya pada Allah swt .... Semoga Allah kurniakan aku kesabaran di tahap yang tinggi dan moga Allah berikan ujian yang termampu untukku hadapinya di masa hadapan ...

Tersepit dan menjadi mangsa keadaan daaan itu laa apa yang dah berlaku. My Sibling, my Mak yang masih kurang memahami situasi yang harus ku harungi ... ke aku yang tak memahami keadaan mereka....? ke aku yang mementingkan diri sendiri, ke aku yang tidak boleh terima teguran...? ke aku yang kurang sabar, ke hati aku yang tak bersih...? Allah ...

Sudahnya, betullaa kata pujangga 'Silent Is Better' .... mungkin juga itu yang terbaik, dan itulah yang sedang aku buat .. diam, diam, diam biarlah sampai bernanah, biarlah Allah swt saja yang tahu ... Aku dah putuskan untuk buat begitu ... tapi makin lama makin pijak kepala pula ya ... ?? dah STOP .. takut bila aku teruskan lagi, hati aku jadi hitam pula .... Nauzubillah ...

Carilah perhatian Allah swt bukan dari manusia yang jahil!


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

December 20, 2016

Jom Tukar Perkataan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya ... terima kasih kepada mereka yang sudi jejak blog Acik Wawa ni ye, blog ini hanya untuk suka-suka je sebab Acik Wawa nak simpan ia sebagai kenangan untuk masa hadapan ... kot-kot terlupa, kan manusia ni mudah lupa heee ....

Tadi saya sempat melayan Youtube dari Ustaz Shamsul Debat ... best laaa ustaz ni dengan loghat-loghat negeri kan , selain Ustaz Shamsul Debat, saya paling suka tengok Datuk Ustaz Kazim Elias punya ceramah sebab dengar loghat-loghat negeri perak pulak ... pon boleh heee

Dalam ceramah tersebut ada Ustaz Shamsul Debat ni selitkan supaya kita tukar perkataan :

Nasib Baik kepada Alhamdulillah

sebagai tanda kita bersyukur kepada Allah swt ... tapi memang kita selalu dengar kawan-kawan, sedara mara termasuk kita kadang-kadang sebut perkataan NASIB BAIK kan ...? korang maksudkan apa ..? heeee den pon terkono ....

So jom sama-sama kita ubah perkataan tu ye ...tapi kalau kita tukar perkataan MUJUR boleh tak ye ... ada beza tak dengan perkataan NASIB BAIK .... errrmmmm cer komen sikit, heee

Selain itu, pernah tak kita biasa dengar

Semoga dipermudahkan segala urusan
Semoga sihat
Semoga panjang umur
Semoga murah rezeki 

Saya pernah dengar dan terbaca jugak, jom kita tukar kepada :

Semoga Allah swt permudahkan segala urusan dunia dan akhirat
Semoga Allah swt berikan kesihatan yang baik buat anda sekeluarga
Semoga Allah swt panjangkan umur awak
Semoga Allah swt kurniakan rezeki yang melimpah kepada anda sekeluarga

itu contoh laahhh


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

Macaroni Meatball Cheese

Saja melayan karenah anak-anak buah yang memang banyak permintaanya ... Makcik nihaaa tak sampai hati nak menolak permintaan mereka, heeee .. ini memang khas untuk anak-anak buah Acik Wawa yer, bertambah sedaap sebab masak dalam periuk tembaga nenek heee

Bahan-bahan untuk menu Macaroni Meatball Cheese ni adalah di atas perkongsian anak-anak buah Acik Wawa ... Ada yang beli meatball, ada yang beli sos prego, ada yang beli cheese ... Acik Wawa cuma sediakan bahan yang lain yang ada kat rumah ... Almaklum anak-anak buah ramai, belum campur cucu-cucu segala Alhamdulillah ....

Bahan-bahan:
1/2 paket Macaroni (rebus dahulu, nak rebus tu letak minyak zaitun @ masak + garam sikit)
1 paket meatball (goreng dalam minyak sedikit, letak hirisan bawang holland dan lada benggala)

Sos
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 tin Sos Prego Carbonara
5 biji cendawan butang dalam tin (hiris)
1 cawan susu full cream
Air (agak-agaklah tengok kepekatan kuah)
Sedikit lada hitam

Cara Masak Sos Carbonara
1- Panaskan sedikit minyak masak/ zaitun tumiskan bawang besar dan putih yang telah ditumbuk/hiris
2- Masukkan cendawan butang yang telah dihiris dan lada hitam yang telah di tumbuk
3- Masukkan air dalam 1 cawan dahulu
4- Masukkan Sos Carbonara tu dan susu full cream
5- Letak garam dan perasa sikit
6- Tengok keadaan kuah jangan terlalu pekat dan terlalu cair ye

3 keping Cheesedale
Sedikit parutan Mozarella Cheese

Cara Masak Macaroni Meatball Chese
1- Letak Meatball di dasar loyang, letak macaroni yang dah di rebus tu
2- Tuang Sos Carbonara sampai atas ya ...
3- Letak Chessedale 

Bakar sampai warna perang , atau cair cheesedale tu ... kemudian keluarkan dan taburkan mozarellah cheese serta oregano ... masak sampai cair .... baru laaa boleh tarik-tarik macaroni tu heeee

Selamat mencuba tau ... penat Acik Wawa menaip kih3

p/s: jangan makan banyak-banyak cepat muak, klau ada lebih tu share laaa dengan jiran sebelah tu ye heee



♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Fully Design By Cik Rose Cute | For ADEK M@NJA 2013 ©| Best View: Google Chrome