April 10, 2008

❤ Kek Cawan










Entah sejak bila ntah ske betul aku tengok koleksi 'cup cakes' ni .. geram sungguh! so tak sabar rasanya nak try membuat nye hehehehhe ... Artikel kat bawah ni aku copy dari 1 blog ni kak ita delight kot .. sori ea copy tanpa btau coz mmg nk try resepi yg di beri ...


Kek cawan sangat comel, berhias cantik dan memikat selera. Apa lagi jika bukan kek cawan atau kek mangkuk? Sejak kebelakangan ini, ia sudah menjadi satu hidangan popular atau trend terutama di kota atau bandar besar. Malah, setiap majlis tidak akan lengkap tanpa kehadiran kek-kek kecil yang juga dikenali dengan nama cuppies ini. Tetamu juga diberi kek cawan sebagai cenderahati untuk dibawa pulang.Ramai suri rumah menceburi bidang perniagaan dengan membekalkan kek seumpama ini kepada jiran-jiran, sahabat-handai dan saudara-mara. Ia menjadi tumpuan di majlis hari jadi, pertunangan atau perkahwinan (sebagai hantaran).


Terkini, ia menjadi satu kemestian di mana-mana majlis pelancaran produk terbaru syarikat korporat. Ini adalah kerana hiasan di atas kek boleh diubahsuai mengikut kehendak atau cita rasa pelanggan.Ada beberapa saiz mangkuk kertas atau paper cups. Juga pelbagai corak dan warna. Apa yang paling penting adalah memastikan mangkuk kertas diletakkan ke dalam patty tins yang sama saiz. Dengan cara ini sahaja bentuk kek akan kekal cantik semasa dibakar. Ada juga mangkuk kertas yang sudah dibentukkan dengan kertas keras dan boleh dibakar begitu saja (tanpa perlukan patty tins).Jangan isikan adunan sehingga tiga suku penuh kerana kek akan menjadi sama rata dengan tepi keliling bila sudah masak. Ini merugikan kerana anda perlu membuang bahagian atasnya untuk menyapu aising.


Jadi, sebaik-baiknya timbang setiap adunan (di dalam mangkuk kertas) supaya sama banyak. Jika tidak, ada kek yang akan penuh dan ada yang kurang. Bila kurang, anda terpaksa gunakan lebih banyak aising.Aising mentega yang digunakan di sini tidak manis. Ia tidak seperti aising mentega yang biasa. Rasanya yang lemak itu tidak menjemukan. Anda juga tidak perlu menggunakan gula aising yang banyak seperti membuat aising mentega yang popular (mentega campur gula aising). Jadi, lebih ramai orang yang akan gemarkan aising mentega susu. Aising atau krim ini sangat sesuai bagi menghias sebarang jenis kek.


Apakah 'krimwell'? Tekstur dan warnanya adalah seperti lemak sayuran (vegetable shortening). Sama seperti tekstur marjerin tetapi berwarna kuning pucat. Ia tidak perlu diletakkan di dalam peti sejuk dan selalu dijual di dalam bekas plastik lutsinar yang bertutup kemas. Krimwell juga dikenali sebagai creamwell dalam bahasa Inggeris. Salah satu jenama lain yang popular adalah marvello (sekitar awal 1990-an).Krimwell yang agak keputih-putihan memudahkan aising diwarnakan. Anda boleh gunakan warna biasa atau esen di dalam botol. Hanya beberapa titik diperlukan. Bila membahagikan aising, pastikan secukupnya saja kerana anda boleh menambah lagi jika perlu. Sekiranya gemarkan aising yang manis, boleh tambahkan gula aising.Jangan gunakan mentega tulen untuk membuat aising kerana ia mudah cair. Pilihlah mentega (susu) yang bercampur dengan sayuran (kelapa sawit). Ia lebih murah daripada mentega tulen dan baunya juga tidak sekuat atau seharum mentega tersebut.Kekeliruan mungkin timbul dengan bahan Quick 75. Ia juga dikenali dengan nama ovalette. Diperbuat daripada sumber soya, Quick 75 atau Sponge Cake Emulsifier mampu menggebukan kek.


Selain itu, pastikan telur bersaiz besar (Gred A) serta masih baru. Telur lama kehilangan faktor yang dapat membuat kek lebih ringan dan 'cair' di dalam mulut.Paling penting untuk diingati adalah semasa membakar kek. Jangan atur kek dalam susunan bulat mengikut bentuk tin pembakar. Ini akan membuat kek di bahagian 'belakang' dan 'tepi' berdekatan dinding mengembang dengan cepat. Suhu di situ lebih panas. Adunan mungkin melimpah keluar dari mangkuk kertas dan ini merosakkan atau mencomotkan kek kerana ia akan melekat pada bahagian tepinya.Susun mangkuk kertas dalam bentuk membulat atau gunakan tin pembakar bulat seperti tudung periuk. Elakkan menggunakan loyang kerana bahagian keliling yang tinggi melambatkan proses membakar. Selalu pusingkan bahagian belakang ke sebelah hadapan bila kek sudah separuh masak.Jika mahu menggunakan kipas dalaman dan kepanasan atas dan bawah semasa membakar, turunkan suhu kepada 160 C-170 C. Ketepatan suhu bergantung pada ketuhar masing-masing, berapa lama digunakan dan jenama. Ketuhar yang lebih canggih dan mahal mempunyai kepanasan dalaman yang lebih sekata. Manakala ketuhar yang menggunakan gas kadangkala membuat kek berbau kurang enak.


Untuk mendapatkan corak yang diinginkan, lakarkan terlebih dulu di atas kertas. Tandakan warna-warna yang anda inginkan. Isikan ke dalam beg aising dengan nozzle yang sesuai. Misalnya, bentuk bintang pecah 5 atau 8, bentuk daun (yang boleh menjadi kelopak bunga matahari) atau bentuk bergerigi sebelah (yang boleh menjadi corak pada tepi bakul).



.:: KEK CAWAN ::.

Bahan-bahannya (Menghasilkan anggaran 25 biji kek cawan.)
250 gm mentega
230 gm gula kastor
2 camca teh Quick 75
4 biji telur Gred A
270 gm tepung serbaguna } diayak
1 camca teh serbuk penaik } diayak
60 gm susu pekat
2 camca besar susu segar/cair
1 camca teh vanila



Hiasan


Aising mentega susu biasa
Aising mentega oren/ungu
Mawar kecil (merah muda)
Parutan coklat


Cara membuatnya


1. Putar mentega, gula dan Quick 75 hingga gebu.
2. Masukkan sebiji demi sebiji telur, pukul sebati setiap kali.
3. Campurkan bahan ayak, kacau rata.
4. Bubuh susu pekat, susu cair dan vanila.
5. Bila sebati, timbang sebanyak 44 gm untuk setiap cawan kek (saiz sederhana).
6. Bakar pada 190 C selama 20-25 minit atau hingga masak.
7. Biar kek sejuk sebelum dihias ikut suka.



AISING MENTEGA SUSU(Cukup untuk menghias kek cawan di atas.)


Bahan-bahannya
125 gm mentega (bukan mentega tulen)
125 gm krimwell
100 gm susu pekat
20 gm gula aising, diayak
1/2 camca teh vanilaPewarna oren, ungu, merah dll


Untuk aising coklat (dipukul sekali dalam langkah 1)
15 gm serbuk koko, diayak
1 camca besar susu cair


Cara membuatnya


1. Pukul semua bahan dengan pemutar elektrik.
2. Pastikan berhenti sekali-sekali dan kacau dengan spatula supaya semuanya sebati.
3. Bila kembang, pucat dan gebu, bahagikan mengikut warna yang dikehendaki.
4. Sapukan kek dengan aising, kemudian hiaskan mengikut cita rasa masing-masing.

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

2 comments:

Anonymous said...

comel seh kek.. mesti sedap.. :D:D

Anonymous said...

ah comelnye!!!!!!!!!!
ada tak kelas buat kek cawan? minat sgt2^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Fully Design By Cik Rose Cute | For ADEK M@NJA 2013 ©| Best View: Google Chrome