December 2, 2008

❤ 02 Disember 2008

Hari ni beshday aku tp rasenye mcm x rase aper laaaaa .... yg ingt beshday aku rini ialah si Megat sorang jer ... dia yg wish beshday kat aku ... tp si dia ...? Sedih lah pulak rasenye bila ape yg kita harapkan tidak dapat plak .... Biasenye waktu lunch dia balik n lunch same2 kar cc ni ... tp hari ni batang hidung pon x nmpk ... hrmmm .... dia lupe ker ...? tp smlm bleh plak dia ckp 'esok bestday awk kan yang' ... tak tau lah ...

So, dlm aku menung2 mengadap kedai roti n ABC abg Rahim nih ... bley aku fikir, sepanjang hidup aku selama 27 tahun ni ape perkara yg dah pernah aku lakukan .... Apakah perkara positif n negatif yang aku dh buat n apakah pencapaian tertinggi aku ... dan akhir skali apakah kebaikan dan kejahatan yang dah pernah aku buat kat orang sekeliling aku nih ...

Pening juga pale aku nih smpi tahap migrain bila fikirkan semua tuh .... Kini, aku mencari kelebihan n kekurangan yang ada dalam diriku ini ... Aku perlukannya supaya aku dapat memperbaiki diri yang sememangnya banyak kekurangan . Aku perlukannya supaya aku di senangi oleh orang2 yang berada di sekeliling aku nih dan aku perlukannya untuk memohon keredhaan dari Allah swt ....

Tak tau lah ape plan hari nih ... 'hang' jap pale otak aku nih ... biarlah klau dia x ingt pon aku biarkan jer lah ... hrmmmm ....


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

December 1, 2008

❤ Simbolik Tarikh Lahirku

Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30 Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul dengannya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati oleh orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalahsebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita
Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal
Contoh: 02 Disember 1981
02 + 12 + 1981 = 1995
1 + 9 + 9 + 5 = 24
2 + 4 = 6 (Jadi nombor lahirnya ialah 6)

6. Romantik
-Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
-Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
-Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
-Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
-Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik
-Mereka suka seni musik.
-Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
-Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn
Disember --> Kajian Dr Fadhilah Kamsah

DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik
Huhuhu bukannye per ... esok beshday aku daaa yg ke 27 ... tua dh aku ni rupe2nyer hehehe

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

❤ Sedekah ...?

Sedekah ...? Bukannye pelik pon post yg aku nk coretkan nih ... Aku terkejut n pelik bila ade org bg aku duit n dia cakap ... "nah... sedekah" . Actually org tersebut first time dtg cc aku ni utk m'gunakan perkhidmatan internet ... Tak lama pon dia guna cuma 7 minit n dia kena bayar RM 0.50 ... So, dia byr RM 1.00 n aku pulang bakinye 50 sen lh kan ... than dia bagi kat aku blek RM 1.50 , dia ckp tu lh nah... sedekah ...

Bukan aku nk pertikai n bukan nk sombong ... Aku syukur sgt bila ade org bagi mcm tuh walaupun nilai nye siket tp ia amat berharga n aku berasa berbesar hati sgt ... Sebelum ni rmai jugak yg buat cam tuh ... bila dorang mintak tolong aku taipkan surat ker ... betul kan komputer ker ... Aku cakaplah nilai nye berape ... Tp tu lh derang sengaja bg lebih, kadang2 klau ade baki derang x nk terima suoh aku yg amik baki nyer ... Masalahnye derang2 tuh aku bukan kenal sgt pon n rsnye bukan sedara mara aku pon ... Pernah skali jiran aku dia suoh aku belikan Komputer tp x de monitorlah ... so harga system tuh RM 700.00 tp aku charge dia RM 945.00 ... so kat situ aku dah untung RM 245.00 tp tu lah memandangkan aku pasangkan system tu kat umah dia , n ajar serba sedikit pasal komputer... dia bagi aku RM 1000.00, bley isteri dia cakap suaminye suoh bg RM 1000.00 coz aku antar kat umah dia ... bukan jauh pon depan umah aku ajer ...

Walau apepon aku bersyukur sgt kepada Allat swt kerana mengurniakan aku rezeki yang kadang2 seperti tak di sangka2 ... Harap sgt aku tidak melupakan segala pemberian yang telah di berikan ... n terima kasih kepada mereka yang sudi menghulurkan sumbangan ....

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

❤ The Cup Cake Song !!!



Hahaha Cup cake pon ade lagunyer ... layannnnn jerrrrr zasssssssssss



♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

❤ Video Cara Buat Cup Cake

Ini adalah koleksi video cara - cara nak buat cup cake yang di ambil dr Youtube.com ... suke sgt tgk cara derang buat cup cake ... nk buat tp takut x menjadi coz x de skill n pengalaman ... hope dpt belajr suatu hari nanti ... InsyaAllah ....


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com



-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-


Koleksi gambar cup cake yang diambil dr blog lain ... cute sesangt naik geram dibuatnya ....



♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

❤ Mencari CiNta

Salam...
Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...
pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?
guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.
pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.
guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?
pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.
gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...
dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?
guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.
pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.
maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?
pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...
maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan..............
Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..
Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan..Kalu tak cukup duit nak buat kahwin, jangan risau, boleh gi website
http://www.maskahwin.com/index.php?ref=AdekManjaInsyallah, dapat membantu.Bye!

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Fully Design By Cik Rose Cute | For ADEK M@NJA 2013 ©| Best View: Google Chrome