February 13, 2021

Rindu 😱


Tiba-tiba perasaan rindu yang terlalu mendalam pada awak .... rindunya saat ni pergi jalam-jalan bawa Chenta dan Indah... Saat ni air mata saje laa yang mengalir, 11 tahun kita hidup bersama tak sangka ini takdir kita. Saya harap sangat ada keajaiban lagi selepas ini. Semoga awak baik-baik je menjalankan rawatan di Rumah Pengasih tu.

Sebenarnya ambil masa juga untuk saya taip di dalam blog ni .... memang saya tak luahkan kat fb, wasap atau IG ... sebabnya saya belum bersedia untuk menerima setiap pertanyaan dari orang lain, kenapa kita bercerai 😱, ada juga yang wasap tanya betul ke kita dah bercerai ... 'kenapa bercerai? sedihnya, tengok korang ok je .... terkilan tengok korang dah bercerai ...' ada juga yang mendoakan moga ada jodoh antara kita semula ... 

Ada juga yang bertanya betul ke awak amik dadah? betul ke awak penagih ... ini yang buat saya kekadang down bila memikirkan... Walaupon kenyataan itu benar namun berat hati saya untuk menerimanya...

Doa saya sentiasa moga Allah swt permudahkan segala urusan awak kat sana ... tolong mulakan hidup baru seperti bayi yang baru di lahirkan selepas ini. Kerana Allah kerana anak-anak ... Chenta selalu tanya, Indah pon pernah juga tanya .... 

"Umi... pegi umah auni nak, jumpa bapak" .... memang terkejut bila dengar dia boleh cakap macam tu ... Bila anak-anak tanya bapak kat mana, saya cuma cakap bapak tak sihat tengah di rawat kat hospital. Anggaplah ada hikmah di sebalik semua kejadian ni.. 


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Fully Design By Cik Rose Cute | For ADEK M@NJA 2013 ©| Best View: Google Chrome