July 16, 2020

Menjual Pelita Buluh

Selepas je Indah sihat dari luka bisulnya tu, husband bercadangan nak jual Pelita Buluh pula. Tahun lepas memang ada buat dan jual, idea datang last minit nak raya ... Alhamdulillah dapat sambutan yang menggalakkan.

So, pada tahun ni husband bercadang nak buat lagi ... Aku layankan je laaa, dah memang husband minat buat macam tu.

Promosi di Group FB Banting dan Banting Ku ... kami juga promosi di FB personel memasing, wasap status dan sebagainya..

Alhamdulillah sambutan yang amat menggalakkan, sampai tak cukup buluh!

Kali ini kami menggunakan buluh kuning, selain warnanya cantik, buluh ini juga dikatakan tahan lama kalau kita pandai simpan dengan baik.

Beli dengan orang buluh ni, sebatang RM1.00, bila dah siap ... letak kaki 2 gunakan kayu pallet, letak sumbu 3 dan penutup kami jual dengan harga RM10 sebatang.

 1st day proses pelita buluh ni di tempat parking depan rumah

 ni pelita buluh yang sudah siap
 Gigih husband menyiapkan tempahan
 1st day punya hasil
 Sampai tengah malam buat kerja
 List Order ... bercampur2, kemudian kami buat group wasap untuk customer, hehe
 Mencari buluh
 1st batch yang akan di hantar kepada customer






♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

Indah Kena Bedah

Ini adalah kejadian yang tidak aku pernah sangka!

Tidak sangka bisul Indah di kepala akan jadi sebesar tu dalam masa seminggu. Di awal aku perasan bisul tu ada memang dah bawa dia ke klinik tetapi klinik cuma bagi ubat sapu dan ubat makan untuk surut kan bisul tu. Dalam masa seminggu bisul tu tak susut, Indah pula tak meragam, sakit ke rasa tak selesa ke. Sampai laa aku rasa tak boleh jadi ni macam nak pecah je, sebab takde bernanah pon..

Masa kejadiannya di awal bulan Ramadhan tahun 2019, pagi jumaat aku ajak hb pergi klinik untuk check balik bisul Indah.

 Semasa menunggu giliran
 Indah buat biasa je, berlari sana sini ... dia memang budak yang aktif...

Sampai di klinik Doktor terkejut melihat bisul Indah yang besar dan di kepala pula tu, terus dia bagi surat suruh hantar ke kecemasan Hospital Daerah Banting. Sampai di Hospital, Doktor terus decide untuk operate Indah sebab bisul nya besar dah paling membahayakan sebabnya ianya ada di kepala...

Masa tu, aku macam hilang arah antara percaya atau tidak, serah segala keputusan kepada Doktor
 Masa menunggu waktu untuk pembedahan tu Indah meragam je sebab lapar, Doktor arahkan supaya dia berpuasa. Ye laaa budak kan, dari pukul 10.00 pagi tak minum dan makan sampailah pukul 5.00 petang. Masa ni 1 bilik dengan warga emas, kebetulan 1 kampung, nenek ni terjatuh dari bilik air dan tulang pinggulnya patah
 Besar kan bisul Indah? Risau semua ada ... Kebetulan anak yang menjaga nenek tu ada pengalaman yang sama dengan Indah, dia tunjuk tanda bisul kat kepala dia ... rambut pon tak tumbuh di kawasan kesan pembedahan tu... Hati umi jadi tenang sikit.

Masuk bilik bedah sama2 dengan Indah, tengah nangis Doktor bius terus dia tidur

 Lekakan dia dengan mainan, tak tau laa mainan siapa punya ada di laci katil ni

 Selepas pembedahan! Alhamdulillah Indah tak banyak ragam ... mujur laaa takde 'effect' selepas pembedahan tu. 1 malam juga tidur di Hospital

 Mood dah ceria balik

Alhamdulillah keesokan harinya Indah dah boleh balik. Simpan sini sebagai kenangan buat Indah Qu Dahlia

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

June 18, 2020

Raya Tahun 2018

haha dah 2 tahun baru nak update ... kisah sedihku beraya pada tahun ini, beraya di rumah kak ina di sebabkan ada beberapa masalah yang tidak dapat nak di elakkan... terima kasih kak ina sebab sudi terima kami sekeluarga, kalau tak, tak tau lah nak merempat kat mana 😱 .. walaupon sedih tapi dalam gambar tu nampak ceria je kan ...

Tema kami pada tahun ini adalah songket, dan pilihan keluarga kecilku adalah jungle green ... buat baju mini kurung, ngam-ngam saja pulak ... sekarang, baju tu buat perhiasan je laa dalam almari tunggulah kurus sikit baru pakai balik, hehe

 Family Potrait di laman rumah kak ina


 Indah belum pandai berjalan lagi masa ni
with siblings
 masa ni beraya rumah nek murni, indah tidur pulak... bapak laa melayan, umi nak makan kuih raya hehe

Hari raya kedua bersama Chenta dan Indah

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

Hari Persandingan Iqmal & Farah

Selesai pernikahan semalam keesokannya hari persandingan pula... dua hari ulang alik ke Bangi 😁, Alhamdulillah semua urusan Allah swt permudahkan walaupun letih sikit dalam perjalanan, hehe

Hari persandingan ni meriah sikit sebab mak pon ikut join ... ye laa cucu yang dia pernah bela, mesti mak excited nak tengok, walaupun kena naik wheelchair, kesungguhan seorang nenek tu ...😘



Hari persandingan siblings pakat2 ajak pakai baju songket.... layankana je laaa hehe
♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

Majlis Pernikahan Khairil Iqmal & Farah

Muhammad Khairil Iqmal anak saudara yang pernah ku jaga semasa dirinya masih kecil di usia 3 tahun. Masa tu aku dalam form 3/4 kot rasanya. Kak Ila dan family balik ke kampung dan tinggal bersama mak dan abah. Sebelum ini family kak ila tinggal di Kajang. Tetapi atas desakan mak dan abah minta mereka balik ke kampung dan buat rumah sendiri di kampung .. Mak memang pantang dengar sewa menyewa ni, membazir katanya đŸ˜Ș 

Ketika itu mereka 2 beradik, iqmal dan khalida ...

Sekarang masing-masing dah besar dan sudah bekeluarga ... Alhamdulillah

 Iqmal dan pasangannya Farah Diba ... moga perkahwinan mereka akan kekal hingga ke syurga
 Bersama mak pengantin dan adik beradik yang lain





 Sepupu sepapat 😂
 Dulang boys 


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

September 16, 2019

Chenta Bersukan

Alhamdulillah seronok rasanya bila tengok anak-anak ni bersukan ... mak-mak yang excited lebih tengok anak-anak bersukan ye... Untuk pertama kalinya aku dapat merasa perasaan tu ...
takde gambar bersukan, sebab kebanyakannya ummi buat video ... hanya gambar kenang-kenangan Chenta bersama rakan-rakan seusianya ... moga persahabatan mereka akan kekal sampai sekolah menengah, hahaha




♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Fully Design By Cik Rose Cute | For ADEK M@NJA 2013 ©| Best View: Google Chrome