February 13, 2021

Rindu 😒


Tiba-tiba perasaan rindu yang terlalu mendalam pada awak .... rindunya saat ni pergi jalam-jalan bawa Chenta dan Indah... Saat ni air mata saje laa yang mengalir, 11 tahun kita hidup bersama tak sangka ini takdir kita. Saya harap sangat ada keajaiban lagi selepas ini. Semoga awak baik-baik je menjalankan rawatan di Rumah Pengasih tu.

Sebenarnya ambil masa juga untuk saya taip di dalam blog ni .... memang saya tak luahkan kat fb, wasap atau IG ... sebabnya saya belum bersedia untuk menerima setiap pertanyaan dari orang lain, kenapa kita bercerai 😒, ada juga yang wasap tanya betul ke kita dah bercerai ... 'kenapa bercerai? sedihnya, tengok korang ok je .... terkilan tengok korang dah bercerai ...' ada juga yang mendoakan moga ada jodoh antara kita semula ... 

Ada juga yang bertanya betul ke awak amik dadah? betul ke awak penagih ... ini yang buat saya kekadang down bila memikirkan... Walaupon kenyataan itu benar namun berat hati saya untuk menerimanya...

Doa saya sentiasa moga Allah swt permudahkan segala urusan awak kat sana ... tolong mulakan hidup baru seperti bayi yang baru di lahirkan selepas ini. Kerana Allah kerana anak-anak ... Chenta selalu tanya, Indah pon pernah juga tanya .... 

"Umi... pegi umah auni nak, jumpa bapak" .... memang terkejut bila dengar dia boleh cakap macam tu ... Bila anak-anak tanya bapak kat mana, saya cuma cakap bapak tak sihat tengah di rawat kat hospital. Anggaplah ada hikmah di sebalik semua kejadian ni.. 


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

January 24, 2021

Pakcik's Bawang Rangers

Kekadang mulut lelaki ni lebih laser, lebih tajam, lebih menyakitkan hati berbanding mulut orang perempuan. Betul ke? Ini fakta ... πŸ˜†πŸ˜†

Kisah perceraian aku yang di jaja oleh mereka .... Eh! apesal sibuk sangat korang ni? Duk sibuk jaja sana sini ... suka ea cerita aib orang merata-rata.

Kisah Pakcik Bawang 1:

Kisahnya apabila pakcik bawang sorang ni yang memang terkenal dengan mulutnya yang laser, sentiasa tak puas hati dengan orang ... semua orang salah, dia seorang je yang betul. Apabila dia tau aku dah bercerai, sibuk bertanya dengan my kakak ....

'Kak... betul ke adik kakak tu dah bercerai?' 

'Tulah budak-budak sekarang ni, gaduh je mintak cerai, gaduh je mintak cerai ... tak macam mak bapak kita dulu-dulu boleh tahan smpai akhir hayat'

πŸ˜“πŸ˜“

Seronok ya pertikaikan takdir dan ketentuan Allah swt terhadap setiap hambaNya ... Ibarat menyalahkan takdir pula ... kau tak tau cerita sebenar suka pula buat pertikaian ... sedih orang mcm ni, kesian anak & isterinya ... moga Allah swt panjangkan jodoh kau smpai akhir hayat nnt ya

Kisah Pakcik Bawang 2:

Pakcik Bawang ni dulu pernah jadi member/geng antara aku dan ex. Kitorang pernah 1 team untuk game online Clash of Clans (Coc) ... nama team tu Pacak Lamboong ... πŸ˜†, selalu laa lepak sama-sama klau ada tournoment atau discuss pasal game tu ... nampak tak kesungguhannya tu? haha dululah masa aku ada cyber cafe dan belum ada anak. Sejak dah tutup kedai dan ex pula keja library memang dah tak lepak sama-sama laaa, memasing dah ada komitmen.

Kebetulan, kelmarin dia setup katering untuk kenduri kahwin my anak buah. Dia tanya pasal ex ...

'Kak ... mana lakinya, alaaa janganlah di simpan, keluarkan laaaa' sambil gelak-gelak

aku - 'aiiii ko tak tau atau buat-buat tak tahu??'

Pakcik Bawang - 'Eh tau apa? eh saya memang tak tau apa-apa ni'

aku - 'kitorang dah berpisah'

Pakcik Bawang - '😲😲biar betul? betul ke kak? eh saya mmg tak tau apa-apa ... apa sebabnya? 

cemas betul dia ... hahaha

tak, tak ... aku rasa kau tak tau pon takde masalah laaa ... kau tak yah amik tahupon ... pastu dia mungkin tak puas hati ... lepas dia setup, dia jumpa aku balik...

Pakcik Bawang -'kak betul, saya memang tak tahu akk dah bercerai' ...

Persoalannya .... apesal kau cemas dan risau pasal kitorang dah bercerai ni?

So, bila aku dah explain ... ingatkan dah habis kat situ je 😁 

Hari ni adalah pekerja dia datang rumah sebab nak fotostat ... boleh pulak staf dia ni tanya balik kat aku...

'Wa... akk nak tanya, sebab hari tu *** tanya akak, betul ke kau dah bercerai sebab kitakan 1 kampung... laaa akak pon tak tahu ... sebab dia kata, dia memang tak tahu'

kau dah kenapa pakcik bawang kedua πŸ˜„πŸ˜„

Aku rasa, aku tak perlu nak jelaskan kat korang kenapa aku dah bercerai ... takde fungsi pun, takde membantu apa-apapon ... kalau dah tau tu, tahu je laa tak perlu nak menyibuk napa aku bercerai ...

Semoga aku kuat Ya Allah 


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

October 9, 2020

Temujanji Hospital Selayang

Sehari selepas kami berpisah mmg ex ada temujanji dgn pakar di Hospital Selayang pasal claim socso tu ... Aku terpaksa minta Safura hantarkan kami sebab klau aku yg drive mmg x tau laa smpai ke tak ke hospital tu .. apppintmen pukul 9.30am..

Dengan kesempatan tu aku bawa sekali anak² ... Chenta dan Indah, permata hati kami ni .. selepas ni tak tau laa bila lagi nak jumpa dengan bapak dorang kan?
Semasa menunggu ex, safura bawa kami pergi makan dan singgah di kedai Eco sebelah hospital tu, nak menunggu takde parking pula



Mengisi masa mereka dengan permainan² yang ada kat sini ... Moga ianya akan menjadi kenangan utk mereka di masa hadapan ..

Ummi & Bapak sayang kat korang tau, wpon ummi & bapak dh berpisah inshaAllah cukup utk kehidupan korang di masa hadapan..

Moga² 🀲

 


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

Sebagai Kenangan

Mungkin ini adalah gambar terakhir kami, mungkin sebab selepas bercerai ex kata nak rujuk balik bila dia dh betul² bersih dan berjaya ... Tak tau nak cakap apa, biasanya selesai sahaja ucapan lafaz tu masing² akan membawa haluan sendiri ... Tak peduli dan malas ambil tahu ...

Tak tau nak describe hubungan kitorang ni macam mana, masing² bagi kata² nasihat dan semangat untuk teruskan kehidupan...

Untuk taknak terima dia balik, aku pon tak boleh nak cakap macam mana .. semuanya aku serah sahaja pada yang maha kuasa ... Aku follow the flow saja 😌

Pergi 1 kereta untuk ke mahkamah... Sebelum tu kami sempat berpelukan dan meminta maaf ... Pelukan yang terakhir dari dia yang ku sayang tak tau laa smpai bila rasa sayang tu 😫


Selesai urusan lafaz cerai untuk ke pejabat agama, sempat juga kami singgah makan Nasi Penyet di Sungai Manggis


Sebenarnya masa kat kedai makan ni aku dah menangis², touching gila ... Boleh aku hadap benda ni semua? Mana datangnya kekuatan tu akupon tak tau... 😌



 


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

21 September 2020

 Tarikh yg akan memberikan makna besar untukku mungkin ... Kerana tarikh inilah berakhirnya hubunganku bersama suami berakhir ... Kesedihan yang tidak bisa aku nak ungkapkan dengan kata² ... mungkin ini adalah jalan yang terbaik utk kami berdua πŸ˜“

INI ADALAH KEPUTUSAN PALING SUKAR AKU PERNAH BUAT SEPANJANG HIDUPKU..

Kami berpisah secara baik ... Depan hakim yang bijaksana dia melafazkan cerai dengan begitu tenang ... Tetapi aku pula yang mengalirkan airmata, sedangkan aku yang memintanya .. 😨

Semoga ada hikmah di sebalik semua ni, semoga ex akan lebih berjaya dan bahagia selepas ini ... Semoga Allah swt permudahkan jalan hidup kami selepas ini, semoga Allah swt cekalkan hati kami utk menghadapi ujian ini ..



♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

July 16, 2020

Bersama Pelanggan Pelita Buluh

Alhamdulillah ini adalah antara pelanggan yang order Pelita Buluh kami pada tahun 2019. Hampir 500 batang jugalah yang terjual..

Ada juga pelanggan complain, antaranya sebabnya sumbu cepat habis dan terbakar . Alhamdulillah kami dapat selesaikan masalah tu bersama, kami ganti yang baru ... sangguplah hantar balik, semata-mata nak puaskan hati pelangganπŸ˜… ... Ada juga customer yang repair sendiri 😘

 1st customer kami, hantar di Masjid Kg. Sungai Kelambu


 Hantar smpai bazar ramadhan tau, ini di Bazar Ramadhan Sri Cedhing




 Customer paling banyak order dari Jeti Sirip Biru, Bagan Lalang ... Mula-mula order 50 batang, 2nd order 30 batang








 Terpaksa pinjam Hilux Abg Sas untuk penghantaran ke Bangi, Klang dan Batu 10


 Ada juga customer mintak pasangkan .... no upah 😁

 Order Pelita Buluh nak pasang kat kampung di Batu Pahat ....

 Mak kawan sekolah ni, mintak pasangkan pelita buluh 10 batang di rumah ibunya
Berehat sebentar di Jeti Sirip Biru, Bagan Lalang

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Fully Design By Cik Rose Cute | For ADEK M@NJA 2013 ©| Best View: Google Chrome