January 24, 2021

Pakcik's Bawang Rangers

Kekadang mulut lelaki ni lebih laser, lebih tajam, lebih menyakitkan hati berbanding mulut orang perempuan. Betul ke? Ini fakta ... πŸ˜†πŸ˜†

Kisah perceraian aku yang di jaja oleh mereka .... Eh! apesal sibuk sangat korang ni? Duk sibuk jaja sana sini ... suka ea cerita aib orang merata-rata.

Kisah Pakcik Bawang 1:

Kisahnya apabila pakcik bawang sorang ni yang memang terkenal dengan mulutnya yang laser, sentiasa tak puas hati dengan orang ... semua orang salah, dia seorang je yang betul. Apabila dia tau aku dah bercerai, sibuk bertanya dengan my kakak ....

'Kak... betul ke adik kakak tu dah bercerai?' 

'Tulah budak-budak sekarang ni, gaduh je mintak cerai, gaduh je mintak cerai ... tak macam mak bapak kita dulu-dulu boleh tahan smpai akhir hayat'

πŸ˜“πŸ˜“

Seronok ya pertikaikan takdir dan ketentuan Allah swt terhadap setiap hambaNya ... Ibarat menyalahkan takdir pula ... kau tak tau cerita sebenar suka pula buat pertikaian ... sedih orang mcm ni, kesian anak & isterinya ... moga Allah swt panjangkan jodoh kau smpai akhir hayat nnt ya

Kisah Pakcik Bawang 2:

Pakcik Bawang ni dulu pernah jadi member/geng antara aku dan ex. Kitorang pernah 1 team untuk game online Clash of Clans (Coc) ... nama team tu Pacak Lamboong ... πŸ˜†, selalu laa lepak sama-sama klau ada tournoment atau discuss pasal game tu ... nampak tak kesungguhannya tu? haha dululah masa aku ada cyber cafe dan belum ada anak. Sejak dah tutup kedai dan ex pula keja library memang dah tak lepak sama-sama laaa, memasing dah ada komitmen.

Kebetulan, kelmarin dia setup katering untuk kenduri kahwin my anak buah. Dia tanya pasal ex ...

'Kak ... mana lakinya, alaaa janganlah di simpan, keluarkan laaaa' sambil gelak-gelak

aku - 'aiiii ko tak tau atau buat-buat tak tahu??'

Pakcik Bawang - 'Eh tau apa? eh saya memang tak tau apa-apa ni'

aku - 'kitorang dah berpisah'

Pakcik Bawang - '😲😲biar betul? betul ke kak? eh saya mmg tak tau apa-apa ... apa sebabnya? 

cemas betul dia ... hahaha

tak, tak ... aku rasa kau tak tau pon takde masalah laaa ... kau tak yah amik tahupon ... pastu dia mungkin tak puas hati ... lepas dia setup, dia jumpa aku balik...

Pakcik Bawang -'kak betul, saya memang tak tahu akk dah bercerai' ...

Persoalannya .... apesal kau cemas dan risau pasal kitorang dah bercerai ni?

So, bila aku dah explain ... ingatkan dah habis kat situ je 😁 

Hari ni adalah pekerja dia datang rumah sebab nak fotostat ... boleh pulak staf dia ni tanya balik kat aku...

'Wa... akk nak tanya, sebab hari tu *** tanya akak, betul ke kau dah bercerai sebab kitakan 1 kampung... laaa akak pon tak tahu ... sebab dia kata, dia memang tak tahu'

kau dah kenapa pakcik bawang kedua πŸ˜„πŸ˜„

Aku rasa, aku tak perlu nak jelaskan kat korang kenapa aku dah bercerai ... takde fungsi pun, takde membantu apa-apapon ... kalau dah tau tu, tahu je laa tak perlu nak menyibuk napa aku bercerai ...

Semoga aku kuat Ya Allah 


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Fully Design By Cik Rose Cute | For ADEK M@NJA 2013 ©| Best View: Google Chrome