August 27, 2008

.:: JoM Pakat Pasang Bendera !! ::.


Petang smlm bermulanya pojek pasang Bendera Malaysia kat premis aku setelah di beri notis oleh pihak MDKL ... klau x pasang smpi 31 Ogos ni kena saman plak nye ... Mane nak ...? Abah pon cakap kena lah pasang bendera Malaysia sebagai tanda penghormatan utk negara kita, kita patut bersyukur sebabnya negara kita dah aman tak macam kat negara lain yg masih di jajah oleh negara lain ... Aku pon Iyer kan jer lah mmg dah betul pon cakap abah aku tu kan ... Aku beli sekali 2 bendera ... 1 utk kedai dan 1 lagi nk letak kat keta aku , tp kat keta belum pasang lagi coz tgh kotor giler smlm abah g bawak keta dgn abg etok g Ulu Langat beli benih Ikan Keli .... Huhuhu pepagi lagi aku dh bising suoh abah basuh coz abah yg kotorkan hehehe ... Mujur lah abah jenis abah yg sporting kan ... TQ abah ...

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

❤ Lala Masak Serai


Hari ni aku masak Lala Masak Serai ... resipi ni aku amik kat Myresipi.com , 1st try mmg besh lh bau nye smpi kan abah yg x ske makan Lala pon nk try masakan tuh ... Tp skrg Lala dh mahal lah sekilo smpi RM 6.00 ... Hmmm tp di oleh kerana teringin nak makan beli jer lah sekilo hehehe ...


Bahan-bahan ( 3 org makan )
500 gm lala - dibersihkan dan toskan
3 batang serai - dipotong serong
3 ulas bawang putih - diketuk
1in halia - dipotong panjang
5 biji cili api - diketuk
1 sb sos tiram
1 biji bawang besar - dipotong bulat
daun bawang, tomato ceri
garam dan gula utk perasa
2 sb minyak


Cara-cara
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan serai serta cili api. Kacau hingga naik bau.
Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan masukkan lala. Kacau sekejap dan tutup kuali. Biarkan lebih kurang 3 minit atau sehingga cengkerang lala berubah warna.
Sekiranya masakan agak kering, masukkan sedikit air. Kacau hingga sebati pastu masukkan bawang besar, tomato ceri dan daun bawang.
Padamkan api dan kacau sekejap dan terus hidang kedalam pinggan. Bolehlah dimakan dgn nasi putih

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

August 26, 2008

❤ Resipi : Udang Masak Kerutup


Bahan-bahannya:

500 gram udang hidup, dibersihkan dan ditoskan

minyak secukupnya

garam secukup rasa

serbuk perasa,

gula secukup rasa


Bahan untuk dikisar:


7 batang lada merah

15 - 20 batang lada padi (kalau nak pedas boleh tambah)

3 biji bawang besar
7 ulas bawang putih

1 1/2 inci kunyit hidup


Cara-caranya:-



1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis rempah yang telah dikisar.


2. Rempah hendaklah ditumis dengan api yang sederhana besar sehingga ia betul-betul masak dan bangkit baunya.

3. Masukkan bahan-bahan perasa seperti garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa.


4. Sambil rempah dimasak secara perlahan. Menggunakan kuali yang berasingan, letakkan sedikit minyak dan goreng udang 1/2 masak sehingga kulitnya bertukar warna kemerah-merahan.


5. Bila rempah telah pun masak dengan betul dan menggeluarkan minyak (atau erti kata pecah minyak). Masukkan udang yang telah digoreng setengah masak tadi dan gaul rata dengan rempah selama 3 minit.


6. Pastikan anda tidak menggoreng udang terlalu lama supaya isinya kekal lembut dan segar. Angkat dan hidangkan.



Nota: Aku goreng udang dikuali yang berasingan untuk mengelakkan dari udang menggeluarkan air jika dimasukkan kedalam rempah yang telah disediakan. Ini dapat menyingkatkan masa memasak dan mengekalkan kesedapan rempah yang telah ditumis dengan sempurna.

Korang kena try resipi ni tau .. Selamat Mencuba !!

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

August 12, 2008

.:: HaDiah Dr Bali ::.



Ahakz... besh nya rini coz dapat cenderahati dr customer yg baru balik dari Indon .... thanz sesangat kat dia ... comel sgt dompet tu utk isi syiling bleh lah , so touch lah ... Actually cust tu study kat Indon amik course Medical, so tmpt study dia tu dekat dgn Bali ... huhuhu besh nya klau dapat g Bali kan ..? bila ntah aku dpt ke sana ... klau Honeymoon pon besh gak nih ... hmmm ... thanz sesangat kat Hawa Alia ...


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

.:: Kenduri Punggahan ::.

Semalam pada 11.08.08 family aku ade wat kenduri punggahan sempena nak menyambut bulan puasa kan , kenduri utk Arwah .... Nama jawanya kenduri punggahan tp istilah lain nya aku tak tau lah kan .... So, biasanya klau org2 jawa buat kenduri mesti x lepas dgn menu "Nasi Ambang" . Klau org yg duk kampong mebi tau lah menu cenggitu , klau orang pekan tak tau lah aku kan mebi derang buat cara buffet ke ape ...
Spesialnya "Nasi Ambang" ni Nasi nya letak kat dulang .... atas nya di lapik dgn daun pisang kemudian di letak lauk atas daun pisang tuh ... Antara lauk yg biasa nye kat atas daun pisang tu ialah :- Mee Goreng , Mihun Goreng , Serunding , Sayur Kerabu , Kacang Goreng , Tempe Goreng , Ikan Masin Bulu Ayam / Ikan Kembung , Ayam Masak Rempah (Ungkep) .. Tu yg standard lah kan ... Mmg besh lah, lagik2 klau nasi tu lembut n panas ... Pergh!!! . Ala skrg pon aku tgk kat pasar2 malam dh ramai yg menjual Nasi Ambang , biasanya RM 3.50 hingga RM 4.00 sebungkus . Skrg ni tiap2 petang jumaat aku mesti tapao kan utk mak aku Nasi Ambang yg di jual oleh Kak Samijah ... mmg besh Nasi Ambang dia ... Semuanye terasa ...
Lepastu, biasanya Nasi Ambang ni di bungkus dan di bawa balik oleh orang yg datang kenduri lah, satu dulang tu boleh kongsi sekali 8 orang . Kemudian, kami sediakan makanan utk derang yg datang kenduri utk makan di situ. Biasanya, mama buat Soto n kueh mueh tp smlm tukar menu plak ... Makan nasi dan lauknya pulak :- Ayam Masak Getik ( Masak Lemak + Buah Cekur ) , Sayur Peria + Udang , Ikan Keli Goreng Rempah ( Pecel Lele ) sbb di hidang bersama sambal special + daun pudina , Sambal Pecal dan Bubur Merah . Nyam nyam semuanye bukak selera aku nih .

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

August 10, 2008

August 9, 2008

.:: Ikan Keli Terbang :.


Hahaha ... klakar pon ade lah hari ni, mane tak nya pagi2 buta lagi time suboh abah menjerit .. Aku ingat pe benda lah kan sbb x penah pon ... Rupa2 nye kat laman umah aku penuh ikan keli , bertempiaran plak tuh .. Adeih dgn lemah longlai nye aku pon g lah turut menolong memegang ikan keli dgn kegelian hehehe tp seb lah dekat tanah senang siket nak pegang ... Bukan pe ari ni je dapat tempahan sampai 40 kilo klau tak customer tu nk mintak 56 kilo tp x dpt lah coz yg besar2 tu dh habis ....sold out, al hamdulillah ... Kisahnya semalam ptg kak ela dgn mama dh g menangkap dan menimbang kendian di letaknya ikan tu kat dalam tong x de air ... siket je air nya tu yg menyebabkan ikan keli tu semua melompat kuar dari tong tuh ... Aku tgk ade yg dh sampi kat parking keta , kat halaman rumah , kat kebun pon ade ...? hehehe jauh perjalanan ikan keli tu mlm td yerk ... ? Jenuh gak lah mencari ikan2 tu semua mane tak nya warna ikan tu dgn warna tanah gambut nak dekat sama kan ...

Pastu dh selesai semua mula lh proses menyiang yg di laksanakan oleh kak ela , mama , abg adi & elis ... Aku tukang tangkap gmbr dgn memerhati ajer ... x smpt nk tolong coz sibuk dgn keja umah ... Haa ... Abg adi ade bg petua cam ne nk buang hanyir ikan keli tu , caranya dgn menggunakan daun pisang , di siat2 daun tuh kendian di lumur kat ikan keli tuh ... Klau pakai limau kasturi satu pokok pon x cukup hehehe ... Itu klau dalam kuantiti yang banyak lah , klau setakat sekilo dua guna perahan limau kasturi aje lah ...

Tapi mmg seronok dapat menternak ikan keli ni , selain pengalaman rumah kami pon dah bertambah tetamu , selain nak membeli ikan keli tu ade jugak lah yg jiran-jiran datang saje nak melepak kat tepi kolam tu sambil bagi ikan makan .... Kata orang tetamu tu kan rezeki ... yer tak ...


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

August 8, 2008

.:: Projek Ternakan Ikan Keli ::.


Projek ikan keli ni baru saje di lakukan dan Al-hamdulillah ia mendapat sambutan yg boleh di banggakan lah berikutan banyak kilo sudah di jual. Terdapat 6 buah kolam semuanya dan terletak bersebelahan dgn rumah aku. Mmg betul, skrg ni ramai yang buat projek keli ni, setiap kampung atau pelusuk mesti ade menternak keli klau x secara besar-besaran yang menternak untuk suka-suka pon ade sebabnya ikan keli ni jenis yang lasak dan senang nak di jaga asalkan bagi makan ikut waktu dan jaga air supaya tidak berbau.
Bukan nak puji tapi ikan keli yg kitorang ternak ni mmg berkualiti dan sedap di makan kerana benihnya dari gred A dan diternak dgn menggunakan air bersih dari bukit. Kitorang amik benihnya dari Sg Mahang... Mmg baka baiklah, sebabnya senang di jaga/bela.
Selain tu, kelebihan ikan keli yang kitorang ternak ni ianya apabila di goreng ikan tidak meletup , isi yang kenyal , tidak hanyir dan yang penting bersih. Ramai yang telah mencubanya dan Alhamdulillah mendapat feed back yang memberangsangkan.
Sekilo harga ikan keli ni ialah RM 5.00 siap siang tu, korang balik tiggal cuci dgn buah limau kemudian masak lah ikut kesukaan . Biasanye ikan keli ni sedap di masak Lemak Getik, Asam Pedas, Goreng Rempah , Di Bakar , Pecel Lele dan mcm2 lagik lah . Tapi fav aku ialah Keli Bakar dgn Lemak Getik ... Pergh!!! Menjilat jari hehhehe


-:: Mama tgh bagi ikan keli MaMaM ::-

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

.:: Mari Belajar Adobe Photoshop ::.

Sekarang ni aku tgh kemaruk belajar Adobe Photoshop ... dari dulu lagik aku mmg ske edit m'edit ni ... kat sini aku papar kan serba sedikit cara nak edit gambar ... Sumber rujukan aku adalah dr web Sifoo.com dgn Tokeikedai.net. Besh tau , layan aje smpi menjadik...

:: Sekeping Foto ::

Sebenarnya tak tau nak letak apa nama efek ni...kira paham2 sendiri la ya.Apa pun, nampak step kali ini macam banyak, tapi tutorial ni mudah saja...Jangan risau ya!Kali ni saya nak guna sikit2 kekunci keyboard untuk arahan
1. Sperti biasa, buka mana² foto yang nak disolek. Dulicate layer asal.
2. Pilih layer asal (background). Kemudian Ctrl+A (untuk select all)...Lepas tu tekan Delete (untuk clear)
3. Duplicate layer asal (background) yang kita dah delete gambarnya tadi dalam step 2.
4. Pada layer yang kedua (yang kita duplicate dari step 3), pergi ke Edit > Fill..Pilih warna Black
5. Sekarang pilih layer yang ketiga, yang teratas sekali (yang ada gambar asal). Kemudian pergi ke Image > Canvas Size..Klik pada relatif, dan masukkan nilai yang bersesuaian pada Width dan Height supaya saiz canvas anda lebih besar daripada foto yang anda nak edit.
6. Pada layer ketiga (yang ada gambar), pergi ke Edit > Transform > Rotate 90 CW.
7. Pergi ke Filter > Distort > Shear.. Gerakkan line tu kesebelah kiri sedikit... Bila dah, klik OK.
8. Pergi ke Edit > Transform > Rotate 90 CCW.
9. Okey, sekarang pilih layer yang kedua (yang warna hitam). Pergi ke Edit > Transform > Rotate 90 CW.
10. Pergi ke Filter > Distort > Shear. Anjakkan sedikit ke kanan daripada setting tadi di step 7, supaya ada sedikit perbezaan
11. Pergi ke Edit > Transform > Rotate 90 CW.
12. Pada Opacity, setkan kepada 30% atau apa2 value yang bersesuaian.
13. Klik pada Move Tool, untuk gerakkan layer kedua tadi, yang warna hitam. Kita nak buat bayang2 kat sini. Step ni nak buat bayang².
Pergi ke Edit > Transform > Distort. Adjust la mana² bahagian supaya dapat bayangan yang memuaskan. Ikut kreativiti masing².
14. Sesiapa yang guna PS 7.0, boleh klik pada layer untuk link kan layer ketiga. Tujuan dia untuk kita gerakkan kedua² layer tu bersama².Tengok gambar di bawah, yang ada icon yang dibulatkan.Sesiapa yang guna CS 2 atau 3, nak link kan layer, tekan Shift dan klik pada layer kedua dan ketiga.
15. Lepas tu, tekan Ctrl+T, dan pusingkan foto anda mengikut kesesuaian. Bila dah sudah, teka enter
16. Sekarang pilih layer yang teratas/ketiga sekali (yang gambar). Pergi ke Layer > Layer Style > Stroke.Pilih warna putih, dan setkan value dia mengikut kesesuaian. Dah sudah, klik OK....Selesai!!!




tutorial kali ni, kita nak buat mcm mana nak bagi gambar kita gelap/gray, dan akan timbulkan warna di tempat tertentu. sebenarnya, ada beberapa teknik yg bole dilakukan..tetapi, sy akan tunjukkan kaedah/teknik yg paling mudah untuk dipraktikkan. apa pun, perlu diingat, tutorial ni bukanlah untuk advance user...lebih kepada amatur/beginner yg baru nk berjinak2 dengan photoshop .





1. buka mana2 gambar yg nk di "edit"...kemudian duplicate layer


2. pergi ke menu Image>Adjustments>Desaturate


3. skng pula pergi ke History Brush Tool


4. bila dah pilih, anda akan nmpk setting dia yg lain. ikut saja setting seperti dlm gambar. untuk Master Diameter, anda bole pilih untuk brush kita jadi besar ataupun kecil..ikutlah kesesuaian saiz brush yg anda nk guna.


5. pasni boleh la brush pada tempat yg kita nk timbulkan warna tu..bab ni kenalah rajin dan hati2 sikit.supaya bentuk/tempat yg kita nak timbulkan warna tu,nmpk smooth n cantik.





Ini lah hasil nye ... Ok tak ..?




:: Polar Coordinates Effect ::




1. Macam biasa, buka gambar yg diingikan dan duplicate layer asal.
2. Pergi ke Rectangular Marquee Tool. Pada Style, pilih Fixed Aspect Ratio.
3. Buat segiempat pada gambar mengikut saiz yg bersesuaian.
4. Pergi ke Filter > Distort > Polar Coordinates. Kemudian pilih Polar to Rectangular dan klik OK.
5. Sekarang pergi ke menu Edit > Transform > Rotate 180
6. Pergi semula ke Filter > Distort > Polar Coordinates. Pilih Rectangulat to Polar dan klik OK.
7. Right click pada layer tersebut, dan pilih Layer via Copy.
8. Klik mata icon mata (untuk invisible kan layer) pada layer pertama dan kedua supaya tinggal layer ketiga sahaja yg nampak.Kemudian, boleh la save gambar yg dah siap ni...siapp!!!








♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

.:: Projek Tanaman Benih Sawit ::.


Ini adalah projek tanaman benih pokok sawit yang di kelolakan oleh Abang aku yang nick name nye Abg Etok atau nama sebenarnya Pawiero Wasito hek3 .... Sekarang ni pon nak cari benih sawit pon dah susah sbb skrg banyak pokok sawit yang di tebang untuk di tanam semula , hari tu abang etok cari benih sampai ke Mersing, Johor ... Susah betul nak dapat kan dah tu mahal pulak 1 pokok = RM12.00 bukan nye besar kecik aje , bukan ape skrg permintaan dh banyak di sebabkan derang nak tanam semula dan tebang pokok sawit yang lama yang dah tinggi melangit tuh ... susah tu nak petik klau dah tinggi sangat ... lenguh gak lah tangan , pinggang , mata , kepala n sebagainye lah hehehe ... So, abang etok ambil inisiatif dgn cara menanam benih sendiri kemudian jual balik atas permintaan. Klau amik kat Mersing dgn harga RM12.00 sepokok, belum tolak duit minyak lori , tol lagik bape plak untungnya kan ... So aku harap ape yg di usahakan insyaAllah akan dapat hasilnya ... Dalam gambar tu tgh berjalanlah projek nye tuh, 1 lori tanah merah dapat gak lah banyak ... aku ritu saje je nak tolong sebab dia kate satu beg plastik masukkan tanah upahnya 50 sen ... ala tp sekejap je x larat plak nak buat cuma dapat 7 beg plastik aje ... hehehe projek tu di lakukan di halaman umah mak bapak aku lah luas sikit hehehe


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

.:: 3 Hari 2 Malam ::.



Aha ... kisah nye cian tgk kesayangn aku kena masuk wad selama 3 hari 2 malam kat Hospital Daerah Banting di sebabkan cirit-birit dan keracunan makanan ... Kemudian Doktor suspek Denggi plak nye tu yg kena masuk wad ... Terkejut gak lah masa pg 2hb tu aku call dia kate on the way g hospital sbb kena cirit birit, aku ingat kn cirit birit biasa aje kan ... Sebab biasanye klau aku kena cirit birit makan pil Chi Kit Teck Aun aje ... ni dia smpi kena bawak g hospital ...

Tp tu lh Wan dia plak ikut g hospital skali cam ne ni ea... Seb lah Icam leh cover line utk aku kan ... TQ sesangt kat dia... Dan selama 3 hari 2 malam tu jugak lah aku jaga dia seb lh ari minggu so CC aku serahkan kat anak buah aku khalida n kak ira untuk menguruskannya. Mana tak nya badan dia dh lemah longlai, dh tak de tenaga coz dalam perut dia tu dh kosong dah ... bila makan ke atau minum di keluarkan balik , doktor cakp dia kena kuman Kolera ... Dah pulak tu 'nurse' asek dok amik darah aje utk di uji sekali dalam sehari adelah dlm 5 kali . Bertambah kesian bila doktor pesan tak leh makan makanan luar cuma bleh makan roti bakar dgn teh 0' aje huhuhu ...


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

.:: JoM LaYaN ::.



Jom pakat ramai2 layan game SDO-X nak ... bagi aku game ni ok lah , boleh masuk kat pale otak aku ni bila time bosan ... bila x tau nk wat pe .. bile pale otak aku ni tgh semak ..huhuhu. Aku dapat game ni dari CD yg di bagi saje gatal tangan SMS nama alamat kan, x sangka plak derang nk pos CD Game ni ... yg besh tu dlm CD tu ade 5 jenis online game, pergh... meletup game tu kat CC aku ni ha tp yg paling hot Crazy Shooter Online ( CSO ) & SDO-X ni lah ... CSO tu lebih kurang mcm Counter Strike & WolfTeam, mmg laku lah game tu kat CC aku ni ha hehehe tak sia-sia aku SMS nama & address . Aku dapat maklumat tu pon dari Majalah Gempak .
Tapi yg paling besh tu pasal SDO-X ni kite bleh wat team, kekadang tu aku fight dgn budak2 kat CC ni lah, tu yg bertambah semangat nk melayan, klau main sorg2 tu mcm tak syok ajer kan ... klau fight dgn orang lain tu kekadang ske kuar masuk kat room , tu yg naik menyampah tuh ...
klau korang nk dpt kn info lebih lanjut atau pon nak download http://mall.cib.com.my/public_html/index.php ... on9 game ni server nya Malaysia punye ... tp ok lah aku leh kasi 5/5 star ... mmg cun. Ada banyak lagu yg di sediakan , lagu English ade , lagu Cina ade , Korea hehehe Melayu pon ade tau ... dari Level 1 hingga 9 . Tp lagu fav aku antaranye .. L2, Like U, Kenapa, Kembali Senyum , Dream & beberapa lagu Cina yg lupe plak tajuk nye ...

So skrg ni aku dh sampai Level 12 susah tol nk cecah Level 13 ... klau tgh layan tu smpi x leh nk kelip mata tau, klau customer dtg pon klau aku tgh fight aku sggp suoh derang tggu kejap ... hahaha seb arrr customer aku tu semuanye sporting morting kan ... So ape lagi?? LaYaN ....
Nickname aku :: AdekManja hehehe

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Fully Design By Cik Rose Cute | For ADEK M@NJA 2013 ©| Best View: Google Chrome