September 8, 2010

❤ ABah Tak Sihat

2 minggu berpuasa abah dah tak kuat ... tiap2 pagi abah dah tak mengemas kat laman rumah atau pergi kebun ... abah dah mula bangun lambat ... aku sangkakan abah demam biasa, lalu aku belikan panadol soluble dan air 100 plus ...

Abah dah minum, dan dah telan ubat2 tu, termasuk ubat batuk ... dua hari abah demam x baik, abg etok ajak pegi klinik Singam di Tanjong Sepat ... balik dari klinik, selepas makan ubat selama 2 hari, keadaan abah sama saja dan tak berubah ... bila aku tengok, abah lagi tak bermaya , makan pon langsung tak selera.

Kemudian, Abg Sas, Abg Eled n Abg Etok bawak abah pula ke Poliklinik Idaman di Tg Sepat ..... Doktr cakap lepas makan ubat abah dah boleh baik ... abah ada banyak kahak ... Selepas 2 hari, aku tengok keadaan abah sama saja, lagi bertambah teruk .... kencing pon dh bersepah ... kesian abah ...

Kemudian, kami buat keputusan menyuruh abah pindah ke bilik emak ... bilik emak selesa sikit, ada TV dan Kipas ... Abah nak .... tp, keadaan abah tetap sama....

Pagi itu, sewaktu hubby nak bagi abah makan ubat, hubby tengok tangan abah dah menggigil ... lalu hubby menyuruh aku hantar abah pergi hospital ....

Lalu, aku ajak abah pergi hospital ... tp, abah tak nak! aku sms abg sas, beritahu keadaan abah ... abg cakap tengok keadaan abah smpai waktu petang. Petang pon sama... abah dah lemah .... tanpa buang masa sewaktu abg sas balik, dia terus mengajak abah g hospital ... Aku, Abg Sas n Abg Etok hntr abah g hospital ... hubby follow belakang.

Sampai di hospital banting, keadaan abah semakin lemah dan terus aku masuk kan abah ke wad kecemasan ... 3 jam di wad tu, bila doktor amik darah ... doktor suspek denggi , buah pinggang problem n paru2 ada jangkitan .... Subhanallah, macam tak percaya aje...




♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Fully Design By Cik Rose Cute | For ADEK M@NJA 2013 ©| Best View: Google Chrome