Menu sotong yang paling saya gemari! Resipi ni saya dapat dr anak buah saya yg bernama elis apabila berkunjung ke rumah beliau waktu kenduri awal tahun. 1st rasa mcm lain mcm aje ... coz biasa kalau sotong saya masak kari, masak sambal atau goreng kunyit je... Menu ni lain mcm sikit, ade rasa pedas masam dan manis... Bahan-bahannya simple je dan mudah di dapati, rugi la kalau xde yg mencuba ... hehhee
Bahan-bahan:-
~ Sotong 1/2 kilo - di potong bulat2 @ memanjang
~ Bawang Besar 1 biji - dihiris
~ Cili Padi 7 biji - dihiris bulat2
~ Halia 1 inci - dihiris bentuk mancis
~ Daun Kari
~ Sos Tiram - 2 sudu
~ Sos Cili - 3 sudu
~ Garam & Serbuk Perasa
~ Minyak Masak
Cara-caranya :-
1- Tumis bawang besar dan daun kari
2- Masukkan cili padi dan halia
3- Bila bahan tumis dah naik bau masukkan sotong
4- Masukkan pula sos tiram dan sos cili, garam dan serbuk perasa
Siap! Resipi ni pon x rugi nak cuba, bahannya mudah dan tak banyak kerja
No comments:
Post a Comment