Walaupon duduk kampung ingat senang ke nak makan ubi...? kalau tanam asek lembu je yg membedal huhuhu so terpaksalah membeli jugak. Tp, kalau setiap kali makan ubi rebus mama asyik teringat je zaman dulu2 ... zaman kakak2 n abg2 saya ... masa susah, masa zaman jepun .... aduyaaiiii nnt mama mula lah berceramah smpi abes ubi tu saya bedal ... hehhee... di sebabkan tak nak asek buat ubi rebus biasa je so, kali ni saya buat ikut kelainan ... kalau anda semua nak makan ubi rebus yg sedap kena pilih ubi merah sbbnya ianya lembut, kalau ubi kuning utk buat kerepek dan ubi putih utk buat kuih-muih...
~Resipi~
Bahan-bahan:
~ Ubi Rebus 2 Kilo (di rebus dahulu bagi empuk)
~ Bawang Besar - sebiji (dihiris)
~ Bawang Putih - 2 biji (dihiris)
~ Cili Api - 5 biji (Dihiris)
~ Ikan Bilis
~ Garam dan Serbuk Perasa
~ Minyak Masak
Cara Memasak:
~ Rebus ubi dahulu sampai lembut
~ Tumiskan bahan-bahan dihiris dan juga ikan bilis
~ Masak hingga naik bau kemudian, masukkan garam dan serbuk perasa
~ Masukkan ubi yg di rebus tadi, gaul bagi rata
Siap Utk Di Hidang!
No comments:
Post a Comment