September 13, 2008

❤ Resipi : Tepung Pelita


Resipi ni aku cedok dr blog resipidiana.blogspot.com & myresipi.com .... klau g bazar ramadhan sama ada kat kanchong darat atau kat banting mmg aku x lepas beli kueh Tepung Pelita ni ataupon kueh Tako ... mmg besh dia punye rase , sbb tu lah aku try buat .... hehehe


Bahan-bahan :

1 cawan tepung beras

1 cawan gula

4 cawan air

1 cawan air pandan

4 sudu besar tepung beras (ratakan)

1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan

sedikit garam

sedikit air kapur (aries omit)


Cara-cara membuat adunan yg warna hijau

1. Tepung (1 cawan) , air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.

2. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.

3. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap, tapi aku guna daun pandan lagi sedap walaupon rumit nk membuatnye ...


Cara-cara membuat adunan yg warna putih:

1. Masukkan santan , tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.

2. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.

3. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.

4. Sejukkan



♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

September 8, 2008

.::DI LEMBAH URANAH, GUNUNG ARAFAH ::.

Tertarik pula bila membaca artikel ini yg di petik dari MediaMuslim ... untuk di kongsi bersama ...
"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh. Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabk an atas segala apa yang telah kamu lakukan.
Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.
Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.
Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

September 2, 2008

.:: Selamat Berpuasa ::.

ASSALAMUALAIKUM WBT.....

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.
SEMOGA SELAMAT MENJALANKAN IBADAT PUASA & MENDAPAT KEBERKATAN DARI-NYA......
JANGAN CURI2 .....

JANGAN KEJA .....

JANGAN BUAT ......
JANGAN ASIK ......

JANGAN ASIK
BANYAK2 LA BERSABAR......
MESTILAH SENTIASA .........
BYE2..........

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasaumat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.
" SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA "

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

August 27, 2008

.:: JoM Pakat Pasang Bendera !! ::.


Petang smlm bermulanya pojek pasang Bendera Malaysia kat premis aku setelah di beri notis oleh pihak MDKL ... klau x pasang smpi 31 Ogos ni kena saman plak nye ... Mane nak ...? Abah pon cakap kena lah pasang bendera Malaysia sebagai tanda penghormatan utk negara kita, kita patut bersyukur sebabnya negara kita dah aman tak macam kat negara lain yg masih di jajah oleh negara lain ... Aku pon Iyer kan jer lah mmg dah betul pon cakap abah aku tu kan ... Aku beli sekali 2 bendera ... 1 utk kedai dan 1 lagi nk letak kat keta aku , tp kat keta belum pasang lagi coz tgh kotor giler smlm abah g bawak keta dgn abg etok g Ulu Langat beli benih Ikan Keli .... Huhuhu pepagi lagi aku dh bising suoh abah basuh coz abah yg kotorkan hehehe ... Mujur lah abah jenis abah yg sporting kan ... TQ abah ...

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

❤ Lala Masak Serai


Hari ni aku masak Lala Masak Serai ... resipi ni aku amik kat Myresipi.com , 1st try mmg besh lh bau nye smpi kan abah yg x ske makan Lala pon nk try masakan tuh ... Tp skrg Lala dh mahal lah sekilo smpi RM 6.00 ... Hmmm tp di oleh kerana teringin nak makan beli jer lah sekilo hehehe ...


Bahan-bahan ( 3 org makan )
500 gm lala - dibersihkan dan toskan
3 batang serai - dipotong serong
3 ulas bawang putih - diketuk
1in halia - dipotong panjang
5 biji cili api - diketuk
1 sb sos tiram
1 biji bawang besar - dipotong bulat
daun bawang, tomato ceri
garam dan gula utk perasa
2 sb minyak


Cara-cara
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan serai serta cili api. Kacau hingga naik bau.
Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan masukkan lala. Kacau sekejap dan tutup kuali. Biarkan lebih kurang 3 minit atau sehingga cengkerang lala berubah warna.
Sekiranya masakan agak kering, masukkan sedikit air. Kacau hingga sebati pastu masukkan bawang besar, tomato ceri dan daun bawang.
Padamkan api dan kacau sekejap dan terus hidang kedalam pinggan. Bolehlah dimakan dgn nasi putih

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

August 26, 2008

❤ Resipi : Udang Masak Kerutup


Bahan-bahannya:

500 gram udang hidup, dibersihkan dan ditoskan

minyak secukupnya

garam secukup rasa

serbuk perasa,

gula secukup rasa


Bahan untuk dikisar:


7 batang lada merah

15 - 20 batang lada padi (kalau nak pedas boleh tambah)

3 biji bawang besar
7 ulas bawang putih

1 1/2 inci kunyit hidup


Cara-caranya:-



1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis rempah yang telah dikisar.


2. Rempah hendaklah ditumis dengan api yang sederhana besar sehingga ia betul-betul masak dan bangkit baunya.

3. Masukkan bahan-bahan perasa seperti garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa.


4. Sambil rempah dimasak secara perlahan. Menggunakan kuali yang berasingan, letakkan sedikit minyak dan goreng udang 1/2 masak sehingga kulitnya bertukar warna kemerah-merahan.


5. Bila rempah telah pun masak dengan betul dan menggeluarkan minyak (atau erti kata pecah minyak). Masukkan udang yang telah digoreng setengah masak tadi dan gaul rata dengan rempah selama 3 minit.


6. Pastikan anda tidak menggoreng udang terlalu lama supaya isinya kekal lembut dan segar. Angkat dan hidangkan.



Nota: Aku goreng udang dikuali yang berasingan untuk mengelakkan dari udang menggeluarkan air jika dimasukkan kedalam rempah yang telah disediakan. Ini dapat menyingkatkan masa memasak dan mengekalkan kesedapan rempah yang telah ditumis dengan sempurna.

Korang kena try resipi ni tau .. Selamat Mencuba !!

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Fully Design By Cik Rose Cute | For ADEK M@NJA 2013 ©| Best View: Google Chrome