December 20, 2016

Resepi Asam Pedas Claypot

Alkisahnya teringin nak makan Asam Pedas Claypot ... mane nak cari kat Selangor ni kan, biasa kita dengar di Melaka sahaja ... Alaaaa nak pergi ke Melaka tu entah bila, heee ... Senang masak sendiri dan ikut selera anak tekak ni ...

Masa pergi ke arah Banting, hb singgah di Simpang Morib tempat jualan ikan ... biasa kat situ ikan baru naik dari Pantai Kelanang dan mereka menggunakan kaedah 'mengisa' ... tu yang hb suka. Bila ternampak Ikan Kurau dan bertanya harga sekilo RM 35.00 pergghhhhh nak beli ke tak ye .... errrrmmmm puas fikir agaknya ... tak beli lagi masa ni hehee

Kemudian, hb ajak tinggalkan kedai ikan tu dengan perasaan ragu-ragu, tak jauh lepas tinggalkan kedai ikan tu, hb cakap 'errrmmm.... tak selalu ada ikan kurau ni, mak dengan abah mesti suka, isinya lembut je masak asam pedas pon sedaap tu' .... so sebagai wife kena faham lah maksudnya tu kan...hik3 ...

'Kalau awak ada duit lebih ye beli, dekat 2 kilo tu... mahu RM70.00 seekor' .... terus hb u-turn, 

 tengok mak macam dah kecur liur tu kan ..? heeee seorang semangkuk tu tau
Bila abah dengar je Ikan Kurau terus makan ... (sebenarnya ini gambar lama, sewaktu arwah abah mula tak sihat ... rindu Abah, Al-fatihah)

Kat sini saya saja nak share resepi Asam Pedas Ala Claypot je, InshaAllah nanti bila ada kesempatan saya akan buat step by step cara nak masak ye, letak resepi dulu ... kot-kot korang nak cuba....

Diingatkan resepi ni memang tak sama dengan Asam Pedas Claypot yang berada di Melaka mahupun di Port Dickson ye kih3 ...

Bahan-bahan : 
1 ekor ikan Kurau (tak kisah laa korang nak makan ikan apa, yang bersesuaian ye, hee)

Pes Cili
Segenggam Cili Kering (di buang biji dan rebus sebentar bagi air mendidih)
2 biji bawang besar
5 biji bawang putih
Sedikit Air
Sedikit Minyak
(Kisar sampai hancur)

2 tangkai Daun Kari
2 inci halia (tumbuk halus)
1 inci lengkuas (tumbuk halus)
1 batang serai (pecahkan)
Sedikit Minyak Masak
Garam
Perasa
Serbuk kunyit
Kacang Bendi (ikut suka)
1 biji Tomato (belah 4)
1 sudu besar Asam Jawa

Cara Memasak
1- Panas kan 2 senduk minyak masak, masukkan daun kari, halia, lengkuas dan serai
2- Bila dah naik bau masukkan pes cili tadi tu, ikut suka laaa nak pekat letak banyak, nak cair letak sikit
3- Masak sampai pecah minyak, maksudnya tumis sampai minyak naik atas pes cili tu
4- Masukkan serbuk kunyit, perasa dan garam
5- Masukkan air sedikit, tumis lagi bagi cantik warna asam pedas tu
6- Masukkan kacang bendi dulu bagi lembut, baru masukkan ikan, tomato dan asam jawa
7- Tambah air agak-agaklah letak atas ikan tu lebihkan sikit je
8- Masak sampai ikan tu masak, dan rasalah masam, masinnya heeee

Tip untuk masak dalam claypot
1- Masak kuah dulu, letak kacang bendi sekali ... sebab kacang bendi lambat masakkan
2- Letak kuah dalam claypot , panaskan.... bila kuah dah mendidih baru masukkan ikan (apa jenis ikan pon)
3- Letak tomato ke, daun kesum ke, bunga kantan ke ... ikut suka korang laaaa , masak sampai masak laaa heheee 

Ok siap!

Selamat mencuba ya ..


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Fully Design By Cik Rose Cute | For ADEK M@NJA 2013 ©| Best View: Google Chrome