June 18, 2020

Raya Tahun 2018

haha dah 2 tahun baru nak update ... kisah sedihku beraya pada tahun ini, beraya di rumah kak ina di sebabkan ada beberapa masalah yang tidak dapat nak di elakkan... terima kasih kak ina sebab sudi terima kami sekeluarga, kalau tak, tak tau lah nak merempat kat mana 😢 .. walaupon sedih tapi dalam gambar tu nampak ceria je kan ...

Tema kami pada tahun ini adalah songket, dan pilihan keluarga kecilku adalah jungle green ... buat baju mini kurung, ngam-ngam saja pulak ... sekarang, baju tu buat perhiasan je laa dalam almari tunggulah kurus sikit baru pakai balik, hehe

 Family Potrait di laman rumah kak ina


 Indah belum pandai berjalan lagi masa ni
with siblings
 masa ni beraya rumah nek murni, indah tidur pulak... bapak laa melayan, umi nak makan kuih raya hehe

Hari raya kedua bersama Chenta dan Indah

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

Hari Persandingan Iqmal & Farah

Selesai pernikahan semalam keesokannya hari persandingan pula... dua hari ulang alik ke Bangi 😁, Alhamdulillah semua urusan Allah swt permudahkan walaupun letih sikit dalam perjalanan, hehe

Hari persandingan ni meriah sikit sebab mak pon ikut join ... ye laa cucu yang dia pernah bela, mesti mak excited nak tengok, walaupun kena naik wheelchair, kesungguhan seorang nenek tu ...😘



Hari persandingan siblings pakat2 ajak pakai baju songket.... layankana je laaa hehe
♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

Majlis Pernikahan Khairil Iqmal & Farah

Muhammad Khairil Iqmal anak saudara yang pernah ku jaga semasa dirinya masih kecil di usia 3 tahun. Masa tu aku dalam form 3/4 kot rasanya. Kak Ila dan family balik ke kampung dan tinggal bersama mak dan abah. Sebelum ini family kak ila tinggal di Kajang. Tetapi atas desakan mak dan abah minta mereka balik ke kampung dan buat rumah sendiri di kampung .. Mak memang pantang dengar sewa menyewa ni, membazir katanya 😪 

Ketika itu mereka 2 beradik, iqmal dan khalida ...

Sekarang masing-masing dah besar dan sudah bekeluarga ... Alhamdulillah

 Iqmal dan pasangannya Farah Diba ... moga perkahwinan mereka akan kekal hingga ke syurga
 Bersama mak pengantin dan adik beradik yang lain





 Sepupu sepapat 😂
 Dulang boys 


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Fully Design By Cik Rose Cute | For ADEK M@NJA 2013 ©| Best View: Google Chrome