July 16, 2020

Bersama Pelanggan Pelita Buluh

Alhamdulillah ini adalah antara pelanggan yang order Pelita Buluh kami pada tahun 2019. Hampir 500 batang jugalah yang terjual..

Ada juga pelanggan complain, antaranya sebabnya sumbu cepat habis dan terbakar . Alhamdulillah kami dapat selesaikan masalah tu bersama, kami ganti yang baru ... sangguplah hantar balik, semata-mata nak puaskan hati pelanggan😅 ... Ada juga customer yang repair sendiri 😘

 1st customer kami, hantar di Masjid Kg. Sungai Kelambu


 Hantar smpai bazar ramadhan tau, ini di Bazar Ramadhan Sri Cedhing




 Customer paling banyak order dari Jeti Sirip Biru, Bagan Lalang ... Mula-mula order 50 batang, 2nd order 30 batang








 Terpaksa pinjam Hilux Abg Sas untuk penghantaran ke Bangi, Klang dan Batu 10


 Ada juga customer mintak pasangkan .... no upah 😁

 Order Pelita Buluh nak pasang kat kampung di Batu Pahat ....

 Mak kawan sekolah ni, mintak pasangkan pelita buluh 10 batang di rumah ibunya
Berehat sebentar di Jeti Sirip Biru, Bagan Lalang

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

Menjual Pelita Buluh

Selepas je Indah sihat dari luka bisulnya tu, husband bercadangan nak jual Pelita Buluh pula. Tahun lepas memang ada buat dan jual, idea datang last minit nak raya ... Alhamdulillah dapat sambutan yang menggalakkan.

So, pada tahun ni husband bercadang nak buat lagi ... Aku layankan je laaa, dah memang husband minat buat macam tu.

Promosi di Group FB Banting dan Banting Ku ... kami juga promosi di FB personel memasing, wasap status dan sebagainya..

Alhamdulillah sambutan yang amat menggalakkan, sampai tak cukup buluh!

Kali ini kami menggunakan buluh kuning, selain warnanya cantik, buluh ini juga dikatakan tahan lama kalau kita pandai simpan dengan baik.

Beli dengan orang buluh ni, sebatang RM1.00, bila dah siap ... letak kaki 2 gunakan kayu pallet, letak sumbu 3 dan penutup kami jual dengan harga RM10 sebatang.

 1st day proses pelita buluh ni di tempat parking depan rumah

 ni pelita buluh yang sudah siap
 Gigih husband menyiapkan tempahan
 1st day punya hasil
 Sampai tengah malam buat kerja
 List Order ... bercampur2, kemudian kami buat group wasap untuk customer, hehe
 Mencari buluh
 1st batch yang akan di hantar kepada customer






♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

Indah Kena Bedah

Ini adalah kejadian yang tidak aku pernah sangka!

Tidak sangka bisul Indah di kepala akan jadi sebesar tu dalam masa seminggu. Di awal aku perasan bisul tu ada memang dah bawa dia ke klinik tetapi klinik cuma bagi ubat sapu dan ubat makan untuk surut kan bisul tu. Dalam masa seminggu bisul tu tak susut, Indah pula tak meragam, sakit ke rasa tak selesa ke. Sampai laa aku rasa tak boleh jadi ni macam nak pecah je, sebab takde bernanah pon..

Masa kejadiannya di awal bulan Ramadhan tahun 2019, pagi jumaat aku ajak hb pergi klinik untuk check balik bisul Indah.

 Semasa menunggu giliran
 Indah buat biasa je, berlari sana sini ... dia memang budak yang aktif...

Sampai di klinik Doktor terkejut melihat bisul Indah yang besar dan di kepala pula tu, terus dia bagi surat suruh hantar ke kecemasan Hospital Daerah Banting. Sampai di Hospital, Doktor terus decide untuk operate Indah sebab bisul nya besar dah paling membahayakan sebabnya ianya ada di kepala...

Masa tu, aku macam hilang arah antara percaya atau tidak, serah segala keputusan kepada Doktor
 Masa menunggu waktu untuk pembedahan tu Indah meragam je sebab lapar, Doktor arahkan supaya dia berpuasa. Ye laaa budak kan, dari pukul 10.00 pagi tak minum dan makan sampailah pukul 5.00 petang. Masa ni 1 bilik dengan warga emas, kebetulan 1 kampung, nenek ni terjatuh dari bilik air dan tulang pinggulnya patah
 Besar kan bisul Indah? Risau semua ada ... Kebetulan anak yang menjaga nenek tu ada pengalaman yang sama dengan Indah, dia tunjuk tanda bisul kat kepala dia ... rambut pon tak tumbuh di kawasan kesan pembedahan tu... Hati umi jadi tenang sikit.

Masuk bilik bedah sama2 dengan Indah, tengah nangis Doktor bius terus dia tidur

 Lekakan dia dengan mainan, tak tau laa mainan siapa punya ada di laci katil ni

 Selepas pembedahan! Alhamdulillah Indah tak banyak ragam ... mujur laaa takde 'effect' selepas pembedahan tu. 1 malam juga tidur di Hospital

 Mood dah ceria balik

Alhamdulillah keesokan harinya Indah dah boleh balik. Simpan sini sebagai kenangan buat Indah Qu Dahlia

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Fully Design By Cik Rose Cute | For ADEK M@NJA 2013 ©| Best View: Google Chrome