My Chenta Qu Fathima sudah 2 tahun rupanya. Alhamdulillah dapat membesar dengan sihat, sentiasa ceriakan hati ummi, bapak, nenek, wak-waknya dan sepupu sepapatnya .. Semoga anak sulung ummi dan bapa ni boleh bawa ummi dan bapak masuk syurga ye sayang
July 8, 2017
February 13, 2017
Jom Order Karipap Gergasi Meraung!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pelawat-pelawat Corat Coret Acik Wawa yawww.... heeee
Nak open order Karipap Gergasi Meraung ni esp kepada yang belum rasa dan teringin nak rasa, kepada yang nak berniaga dan special untuk regular customer ahaksz ...
WA 012-380 6535 : Acik Wawa
COD area :
Kg Batu Laut
Kg Kundang
Kg Tanjong Sepat
Kg Tumbuk
Pantai Bagan Lalang
Pekan Sungai Pelek
Gold Coast Resort Morib
Pantai Morib
Kanchong Darat
Pekan Banting
Minimum order 6 biji ya ...
Pilihan inti boleh tengok entri sebelumnya ..
Inti Karipap Gergasi Meraung!
Untuk makluman, pelbagai variasi inti Karipap Gergasi Meraung tu tau antaranya adalah :-
- Inti Ayam
- Inti Sardin
- Inti Sosej
-Inti Telor Rebus
- Inti Cheese
Inilah isi kandungan Karipap Gergasi Meraung .... basic letak inti kentang + lobak merah ... inti ayam (goreng dan carik-carikkan) , letak daun soup dan bawang goreng
Ini pula adalah inti Sardin ... saya letak 1/2 ekor tau heeee
Ini pula inti Sosej ... saya letak 1 batang Sosej biar terasa sosej nya heee
Ini inti Telor Rebus ... 1 biji telor rebus ... gred A ya heee
Ini pula adalah inti Cheese ... Cheesedale + Mozarellah Cheese
Amacaaaammm ok tak ... berpatutan kan harga nya .... tu semua saiz 1 pinggan makan...
WA 012-380 6535 untuk tempahan - Acik Wawa
COD area Banting ke Sungai Pelek ...
Mana yang datang bercuti ke Pantai Morib atau Bagan Lalang boleh pm untuk order, saya boleh COD ke sana ya ...
Karipap Gergasi Meraung!
Assalamualaikum uoaallllsss hahhaa ... entry kali ni pasal #karipapgergasi meraung! ... Sebenarnya tak nak letak kat private blog ni tapi pasal saya pernah buat blog biznes Karipap Gergasi Waffiz lepas tu lama tak update dah laa lupa password ... Masalah bila nak update info terbaru pasal Karipap Gergasi Meraung ni huhuhu ...
Masih ada yang berminat ke..? Alhamdulillah tQ kepada mereka yang pernah Whatsapp dan berurusan dengan saya... Kebanyakannya luar dari kawasan Banting, Selangor. Bila saya tanya mana dapat info pasal #karipapgergasi ni rata-rata btau Google je ...
Saya minta maaf kepada mereka yang minta pos laju sebabnya ni frozen, saya takut #karipapgergasi akan basi pula intinya, saya tak pasti untuk gunakan kaedah apalagi selain dari COD ... Kalau nak COD pon saya akan mintak minimum order 30 biji ke atas untuk yang luar kawasan Banting sebab saya tak kira kos minyak kereta, heeeee harap maklum harga minyak kenderaan kan dah naik heee...
Untuk makluman saya masih lagi membuat #karipapgergasi frozen lagi ... harga 1 biji RM3.50 dan 3 biji RM10.00 ... frozen dan goreng harga sama. Kalau ada penambahan Cheese kena tambah RM1.50 untuk setiap biji sebab saya mengguanakan Cheesedale dan Mozarella Cheese...
Untuk yang nak ingin berniaga saya boleh bagi harga RM2.50 untuk setiap biji tapi minimum order 50 biji ya ... Korang boleh jual balik harga RM 4.00 ke RM4.50 tau heee...'
Inilah rupa Karipap Gergasi Meraung saya .... gebusss je kan heee
Saiz lebih besar dari tapak tangan dewasa ... harap maklum heee
Oh yaaa ... untuk pengetahuan lokasi saya berdekatan dengan tempat percutian Gold Coast Resort Morib tu tau ... mana-mana yang datang singgah bercuti tu boleh laaa WA saya di nombor
012 3806535 untuk pesanan... heeee