Sehari selepas kami berpisah mmg ex ada temujanji dgn pakar di Hospital Selayang pasal claim socso tu ... Aku terpaksa minta Safura hantarkan kami sebab klau aku yg drive mmg x tau laa smpai ke tak ke hospital tu .. apppintmen pukul 9.30am..
October 9, 2020
Temujanji Hospital Selayang
Dengan kesempatan tu aku bawa sekali anak² ... Chenta dan Indah, permata hati kami ni .. selepas ni tak tau laa bila lagi nak jumpa dengan bapak dorang kan?
Semasa menunggu ex, safura bawa kami pergi makan dan singgah di kedai Eco sebelah hospital tu, nak menunggu takde parking pula
Mengisi masa mereka dengan permainan² yang ada kat sini ... Moga ianya akan menjadi kenangan utk mereka di masa hadapan ..
Ummi & Bapak sayang kat korang tau, wpon ummi & bapak dh berpisah inshaAllah cukup utk kehidupan korang di masa hadapan..
Moga² đ€Č
Sebagai Kenangan
Mungkin ini adalah gambar terakhir kami, mungkin sebab selepas bercerai ex kata nak rujuk balik bila dia dh betul² bersih dan berjaya ... Tak tau nak cakap apa, biasanya selesai sahaja ucapan lafaz tu masing² akan membawa haluan sendiri ... Tak peduli dan malas ambil tahu ...
Tak tau nak describe hubungan kitorang ni macam mana, masing² bagi kata² nasihat dan semangat untuk teruskan kehidupan...
Untuk taknak terima dia balik, aku pon tak boleh nak cakap macam mana .. semuanya aku serah sahaja pada yang maha kuasa ... Aku follow the flow saja đ
Pergi 1 kereta untuk ke mahkamah... Sebelum tu kami sempat berpelukan dan meminta maaf ... Pelukan yang terakhir dari dia yang ku sayang tak tau laa smpai bila rasa sayang tu đ«
Selesai urusan lafaz cerai untuk ke pejabat agama, sempat juga kami singgah makan Nasi Penyet di Sungai Manggis
Sebenarnya masa kat kedai makan ni aku dah menangis², touching gila ... Boleh aku hadap benda ni semua? Mana datangnya kekuatan tu akupon tak tau... đ
21 September 2020
Tarikh yg akan memberikan makna besar untukku mungkin ... Kerana tarikh inilah berakhirnya hubunganku bersama suami berakhir ... Kesedihan yang tidak bisa aku nak ungkapkan dengan kata² ... mungkin ini adalah jalan yang terbaik utk kami berdua đ
INI ADALAH KEPUTUSAN PALING SUKAR AKU PERNAH BUAT SEPANJANG HIDUPKU..
Kami berpisah secara baik ... Depan hakim yang bijaksana dia melafazkan cerai dengan begitu tenang ... Tetapi aku pula yang mengalirkan airmata, sedangkan aku yang memintanya .. đš
Semoga ada hikmah di sebalik semua ni, semoga ex akan lebih berjaya dan bahagia selepas ini ... Semoga Allah swt permudahkan jalan hidup kami selepas ini, semoga Allah swt cekalkan hati kami utk menghadapi ujian ini ..