October 18, 2008

.:: Angkara Pengorek Pasir ::.

.: Punca Bekalan Air terputus di daerah Sepang, Kuala Langat & Hulu Langat :.

DENGKIL: Kerakusan pihak tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan dengan mengorek pasir menyebabkan tiga paip utama di Kampung Revolusi Hijau di sini yang membekalkan air ke daerah Sepang, Kuala Langat dan Hulu Langat, pecah.Akibatnya, kira-kira 75,000 akaun atau dianggarkan 350,000 pengguna di tiga kawasan terbabit mengalami gangguan bekalan air mulai pagi semalam.Ketua Pegawai Operasi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Datuk Lee Miang Koi, berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada aktiviti mengorek pasir berhampiran kawasan berkenaan.“Siasatan awal mendapati tiga batang paip bersaiz 1,500 milimeter (mm), 1,200mm dan 1,050mm di Kampung Revolusi Hijau pecah dan kami syak ia disebabkan kerja mengorek pasir.


“Sehubungan itu, kami membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang kira-kira jam 12 tengah hari tadi (semalam) supaya siasatan terperinci dijalankan.


“Sekiranya terbukti paip berkenaan pecah akibat kegiatan mengorek pasir, kami akan menuntut ganti rugi daripada pihak terbabit,” katanya ketika ditemui ketika meninjau ke kawasan paip pecah terbabit, petang semalam. Hadir sama, Pengarah Eksekutif Operasi Syabas, V Subramaniam. Berikutan kejadian itu, Lee berkata, Syabas mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Merah bagi memastikan masalah itu dapat diatasi segera selain melantik kontraktor serta-merta untuk kerja pembaikan tiga paip itu.“Kami sudah menggerakkan 33 lori tangki bagi membekalkan air buat sementara waktu kepada tiga kawasan terbabit, manakala sembilan lori tangki diletakkan dalam keadaan bersiap sedia bergantung kepada permintaan.“Kami turut menyediakan 438 tangki statik di kawasan yang dikenal pasti bagi memudahkan penduduk mendapat bekalan air dan membuka pusat operasi krisis 24 jam di ketiga-tiga daerah terbabit,” katanya.Lee berkata, tempoh gangguan tidak dapat dipastikan kerana ia membabitkan paip utama yang memerlukan jangka masa panjang dan dianggarkan tempoh tiga hari dari tarikh pembaikan paip berkenaan.“Lagipun kami terpaksa membuat jajaran semula sejauh 200 meter berikutan paip berkenaan tidak selamat untuk digunakan.“Kami juga perlu mendapat kelulusan Pejabat Daerah Sepang kerana jajaran baru membabitkan tanah orang kampung,” katanya.Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) di talian bebas tol, 1800-88-5252.Sementara itu, tinjauan Harian Metro ke kawasan berkenaan mendapati parit kecil berhampiran paip utama itu mengalami hakisan, manakala laluan ke ladang kelapa sawit terputus akibat tanah runtuh.Malah, terdapat kesan parit berkenaan dikorek, seolah-olah empangan untuk melebarkan kawasan itu bagi mengelakkan air mengalir ke kawasan pengorekan pasir.Seorang saksi, Munirin Rahmah, 35, berkata ketika dalam perjalanan ke ladang kelapa sawit berhampiran kawasan itu kira-kira jam 8 pagi, dia mendapati terdapat kesan tanah runtuh di sekitar parit.“Semalam hujan lebat, jadi air parit ini melimpah...saya percaya pihak yang mengorek pasir cuba membuat empangan dengan melebarkan kawasan parit dan dihadang beberapa batang pokok kelapa sawit.“Tetapi, empangan itu tidak dapat menampung jumlah air yang terlalu banyak, lalu meruntuhkannya sebelum mengalir ke kawasan pengorekan pasir,” katanya.


Aku bengang betol dgn derang yg mengorek pasir secara haram ini ... klau x menyusahkan orang ok lagi lh kot ... ini dh menyebabkan penduduk di sekitarnya mengalami gangguan bekalan air secara emergency tuh ... masalah besar tu bg aku ... bayangkanlh nk mandi pon susah berikutan kat umah aku skrg pakai air pancut aje klau nk mandi ... tangki simpanan pon x de ... dh lh keja aku tiap2 pagi nk e'ek ajer ... adesh!!! ini dh mendatangkn marah nih ... dah tu kate nak hantar bekalan air x de pulaknye ... buat penat je abah aku letak 2 tong drum kat tepi jalan tp mcm hampesh aje ... Nape bekalan air x smpi lagi kat Kg ladang Batu nih ...? Tp Alhamdulillah ade tangki kolam keli yg x gunakan lagik... tu pon air yg dikorek ... tp ok lah kan dr takde air langsung ....? hehehe Mama cakap ini kan Ujian dr-Nya ... takkan nak hidup senang ajer ... sesekali kenalah susah jugak mcm zaman2 dulu ... zaman kakak2 n abg2 aku tuh ... nak amik air kena g simpang depan bawak tong ... letak tong kat basikal ... nak basuh kain pon same ... ini baru angkat air beberapa baldi pon dh mengeluh huhuhuhu ...

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

October 7, 2008

.:: aNniverSary ::.

06.10.2008 genaplah setahun kami ber'couple' .... tidak sangka selama aku 'couple' dgn affiz yg paling lama bertahan sehingga setahun lamanya , dan di harapkan ia kekal untk selamanya .... Telah banyak suka duka kami lalui dan terlalu banyak memory yg sudah terpahat di hati ... aku amat menghargainya walaupun telah banyak perkara yg perlu di korbankan ...

-:: Wawa n Affiz 08 ::-


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

September 13, 2008

❤ Resipi : Tepung Pelita


Resipi ni aku cedok dr blog resipidiana.blogspot.com & myresipi.com .... klau g bazar ramadhan sama ada kat kanchong darat atau kat banting mmg aku x lepas beli kueh Tepung Pelita ni ataupon kueh Tako ... mmg besh dia punye rase , sbb tu lah aku try buat .... hehehe


Bahan-bahan :

1 cawan tepung beras

1 cawan gula

4 cawan air

1 cawan air pandan

4 sudu besar tepung beras (ratakan)

1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan

sedikit garam

sedikit air kapur (aries omit)


Cara-cara membuat adunan yg warna hijau

1. Tepung (1 cawan) , air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.

2. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.

3. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap, tapi aku guna daun pandan lagi sedap walaupon rumit nk membuatnye ...


Cara-cara membuat adunan yg warna putih:

1. Masukkan santan , tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.

2. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.

3. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.

4. Sejukkan



♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

September 8, 2008

.::DI LEMBAH URANAH, GUNUNG ARAFAH ::.

Tertarik pula bila membaca artikel ini yg di petik dari MediaMuslim ... untuk di kongsi bersama ...
"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh. Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabk an atas segala apa yang telah kamu lakukan.
Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.
Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.
Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

September 2, 2008

.:: Selamat Berpuasa ::.

ASSALAMUALAIKUM WBT.....

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.
SEMOGA SELAMAT MENJALANKAN IBADAT PUASA & MENDAPAT KEBERKATAN DARI-NYA......
JANGAN CURI2 .....

JANGAN KEJA .....

JANGAN BUAT ......
JANGAN ASIK ......

JANGAN ASIK
BANYAK2 LA BERSABAR......
MESTILAH SENTIASA .........
BYE2..........

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasaumat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.
" SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA "

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

August 27, 2008

.:: JoM Pakat Pasang Bendera !! ::.


Petang smlm bermulanya pojek pasang Bendera Malaysia kat premis aku setelah di beri notis oleh pihak MDKL ... klau x pasang smpi 31 Ogos ni kena saman plak nye ... Mane nak ...? Abah pon cakap kena lah pasang bendera Malaysia sebagai tanda penghormatan utk negara kita, kita patut bersyukur sebabnya negara kita dah aman tak macam kat negara lain yg masih di jajah oleh negara lain ... Aku pon Iyer kan jer lah mmg dah betul pon cakap abah aku tu kan ... Aku beli sekali 2 bendera ... 1 utk kedai dan 1 lagi nk letak kat keta aku , tp kat keta belum pasang lagi coz tgh kotor giler smlm abah g bawak keta dgn abg etok g Ulu Langat beli benih Ikan Keli .... Huhuhu pepagi lagi aku dh bising suoh abah basuh coz abah yg kotorkan hehehe ... Mujur lah abah jenis abah yg sporting kan ... TQ abah ...

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Fully Design By Cik Rose Cute | For ADEK M@NJA 2013 ©| Best View: Google Chrome