November 30, 2008

.:: Emo Gurlz ::.


serius aku betol2 emo hari nih ... kesedihan yg x dpt nk di bendung lagi .... dugaan demi dugaan mendatang yg menyebabkan aku seperti hilang kesabaran utk menghadapinya .... Keyakinan aku hilang, semangat aku juga turut hilang ....
Tuhan ku berilah hambaMu ini petunjuk dan hidayah untuk ke jalan yang benar iaitu ke jalan yang Engkau redhai ... Berikanlah hambaMu ini kekuatan iman dan ketabahan supaya aku dapat menghadapi segala bentuk ujianMu dengan kesabaran....
Aku berharap supaya 'dia' dapat menghadapi tekanan perasaan yang di alaminya ... Aku berharap supaya dia cepat 'sembuh' supaya 'dia' tidak lagi menyusahkan anaknya , aku , ibubapa ku dan keluargaku ... Aku berdoa dan berharap supaya Allah swt memberi petunjuk dan hidayahNya kepada 'dia' untuk menjadi seorang insan ... iaitu akan menjadi seorang ibu yang menyayangi anaknya , seorang anak yang menghormati ibubapanya, seorang adik yang lemah lembut kepada kakak2 dan abang2nya ... juga sebagai seorang teman yang baik kepada rakan-rakannya ...

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

November 19, 2008

❤ Piping Intercooler








PROMOSI HEBAT dari ATHONG MOTOR WORKSHOP

alamat : Lot 730, Jalan Sukun, Kanchong Darat,42700 Banting, Selangor

Menyediakan Perkhidmatan :-

- Service Kereta
- Piping Intercooler utk Wira, Satria dan Lain-lain jenis kereta : RM 550.00 ( Standard Steel )
- Piping Banana : RM 500.00 ( Maisteel )
- Piping Airflow : RM 190.00 ( Standard Steel )
- Piping Wastegate : RM 100.00 ( Standard Steel )

Sila hubungi : AMY 017-6181442
p/s : juz help my frenz

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

❤ Hadiah dari Kekasih


:: Pemberian semasa Beshday 2008 ::

:: Sebentuk Cincin Silver di awal perkenalan ::


So touch ... itu lah yg dapat aku bayangkan skrg ni bile terima seutas Gelang Tangan sebelum bulan puasa dan Sebiji Kerongsang made in Zhulian sebulan Hari Raya Aidilfitri yg lalu ... Bukan niat nak menunjuk tetapi sekadar ingin mengingati segala pemberian dari kekasih yang telah di terima ...

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

November 13, 2008

.:: Gas Misteri Gemparkan Penternak Ikan ::.

KAMPUNG ENDAH - “Semakin lama, air berserta lumpur tadi terus meletus ke udara setinggi kira-kira 18 meter.”
Demikian cerita Sastero Mudagir, ketika menceritakan detik-detik cemas berikutan kawasan rumah dan sekitar kolamnya dipenuhi debu kesan daripada tindak balas gas dari lubang yang dikoreknya.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.40 Rabu lalu itu berlaku ketika dia sedang menggali lubang tanah untuk menanam batang paip untuk menyedut air tanah untuk kegunaan kolam ikannya di sini.
Menurutnya, kejadian susulan turut berlaku tiga hari berikutnya, namun ketinggian gas berserta lumpur, air dan juga pasir yang memancut agak rendah.
Sastero memberitahu sebelum kejadian, dia menggunakan mesin khas untuk menggerudi lubang tanah sedalam 27 meter, untuk menyedut air bagi menampung air kolam ikannya yang agak berkurangan. “Berikutan kejadian itu, dua daripada lapan kolam dikosongkan dan sebanyak 17,000 anak ikan keli juga terpaksa dipindahkan,” katanya ketika ditemui di Jalan Perdana 2, Indah Perdana, Kampung Endah, di sini, lewat petang kelmarin.
Sementara itu, seorang penduduk, Azman Abu Sari berkata, dia bergegas ke tempat kejadian selepas dihubungi isterinya. “Ketika itu saya sedang dalam satu majlis di kampung ini. Apabila mendapat panggilan saya terus pulang ke rumah untuk melihat kejadian yang berlaku di hadapan rumah saya,” katanya yang terus menghubungi bomba untuk memaklumkan perkara berkenaan.
Beliau yang juga Pegawai Operasi Bomba Sukarela Kampung Endah berkata pancutan gas berserta lumpur, pasir dan air agak tinggi dan perkara ini adalah kejadian alam dan harus menerimanya. Selain pasukan bomba, Jabatan Geologi turut dikejarkan ke tempat kejadian untuk memantau keadaan dan difahamkan juga gas berkenaan akan hilang dengan sendirinya dalam tempoh kurang dari dua minggu.
Sementara itu, Sastero juga menasihati kepada orang ramai yang ingin melihat dari jarak dekat supaya tidak menyalakan api, terutamanya kepada mereka yang merokok. “Saya dimaklumkan oleh pihak jabatan berkenaan supaya tidak melakukan apa-apa dan sentiasa berhati-hati terhadap lubang berkenaan,” katanya. Rata-rata penduduk yang ditemui berkata, kejadian ini mungkin berkaitan dengan pembinaan jambatan 30 tahun lalu, di mana penduduk di sini digemparkan dengan penemuan gas yang keluar dari lubang tanah semasa pembinaan dijalankan dan tiada sebarang kemalangan dan kecederaan yang berlaku ketika itu.
Petikan dari Sinar Harian 13.11.2008 (Khamis)
Aku terkejut juga bila abah n mama btau yg kat umah abg aku berlaku pancutan gas dari lubang yang dikoreknya sedalam 90 kaki tu bertujuan menyalurkan air ke dalam kolam2 ikan kelinya ... Ramai juga yg datang utk menyaksikan kejadian tu boleh dikatakan 1 kampung lh ... kawasan berhampiran termasuk pokok pisang dan tumbuhan lain terkena tempias lumpur tuh ... 3 hari kemudian berlaku kejadian yang sama tp tak terlalu teruk berbanding hari pertama ... kemudian abang pindahkan ikan keli kedalam kolam abah sebanyak 3 kolam ... 3 trip juge lah mengangkut sampai kul 4 pagi .. Pepun aku berharap abang dapat tabahkan hati dalam menghadapi situasi ini

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Fully Design By Cik Rose Cute | For ADEK M@NJA 2013 ©| Best View: Google Chrome