June 28, 2009

❤ Ketahui Asas Sebuah Perkahwinan Bahagia



1 ~ Berkongsi Tanggungjawab

Suami isteri adalah orang yang saling bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan. Masing- masing perlu memahami makna sebenar perkahwinan dan sentiasa berbincang. Jangan sampai timbul rungutan yang boleh mengguris hati pasangan.

Sebagai contoh, di awal perkahwinan bincangkan bagaimana pasangan akan melakukan kerja rumah. Berkahwin bukan bermakna melantik isteri menjadi orang gaji tetapi sentiasa bersama dalam susah dan senang.

2 ~ Pasangan sebagai teman terlalu istimewa

Bagi mengekalkan kebahagiaan rumahtangga pula, anggaplah pasangan sebagai teman yang terlalu istimewa. Pasangan kitalah sebagai tempat mencurah kasih, mengadu masalah dan bermanja.

Perkahwinan juga melibatkan perubahan falsafah hidup seseorang. Sebagai contoh mereka mula belajar apa yang pasangan mereka sukai seperti hobi dan minat. Jumlah waktu yang diperuntukkan juga akan berubah.

Sekiranya hobi pasangan langsung tidak di sukai, ambil jalan tengah dengan bersama-sama pasangan melakukan hobi mereka. Lambat laun dengan sendirinya kita akan dapat menerima pembahagian itu. Melalui cara itu juga kemesraan dan kebahagiaan akan dapat dipipuk.

3 ~ Perancangan Masa Depan

Perancangan untuk jangka masa panjang sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian. Persoalan seperti masalah tempat tinggal dan perancangan anda perlu diteliti sebaik mungkin . Perlu juga diingat ia melibatkan dua set keluarga kerana perkahwinan akan menyatukan dua buah keluarga yang saling tidak mengenali.

Misalnya isteri perlu memahami tanggungjawab suami terhadap kedua ibubapanya. Jangan pada awal - awal lagi isteri sudah mengawal suami. Sebaliknya isteri perlu banyak bersabar dan berbincang. Ini kerana keduanya dibesarkan dengan nilai - nilai yang begitu berbeza jadi untuk mencapai kesesuaian sudah pastilah ia memerlukan sedikit masa.



♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Fully Design By Cik Rose Cute | For ADEK M@NJA 2013 ©| Best View: Google Chrome