November 22, 2009

❤ Mohon dipermudahkan urusan

Salam everyone,

Sejak akhir2 ini, pelbagai dugaan yang melanda diri ku... Kurasakan segalanya sungguh perit utk melaluinya .... pelbagai usaha, pelbagai cara, semuanya menuju jalan buntu ...

Aku rasakan pelbagai perkara yang berlaku tu bagaikan batu yang sengaja dihumbankan aku drpd kealpaan dan kelalaian dari menjalani erti hidup yg sebenar...

Aku lalai dalam melaksanakan tanggungjawabku solat lima fardhu ,
Aku lalai dalam meneruskan zikir yang dulunya menjadi penenang jiwaku,
Aku lalai dalam mendalami ilmu agama dengan niat yang sebenar,
Aku lalai bersedekah bila aku dikurniakan rezeki olehNya,

Tuhan, terima kasih kerana sering mengingatkan ku apabila aku hampir melupakanMu, Sesungguhnya aku ini adalah hambaMu yang lemah , tetapi aku tahu... ini bukan alasan utk aku lemah untuk menerima setiap ujianMu, Aku sedar aku telah dikurniakan kekuatan untuk menghadapi setiap ujianMu...

Ya rahman.... berikanlan aku kekuatan dan petunjuk serta hidayahMu supaya aku menuju di jalan yang benar iaitu jalan yang Engkau redhai... Sesungguhnya aku sedar, setiap yang berlaku di dalam hidup ku pasti ada hikmah disebaliknya yang aku tidak akan ketahui sehingga Engkau memberi petunjukMu...

Ya Tuhanku, permudahkan lah segala urusanku , segala urusanku di dunia dan di akhirat serta berikanlah kebaikan kepada diriku, ibubapa, tunangku dan perniagaanku, sesungguhnya Engkau Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Amin......

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Fully Design By Cik Rose Cute | For ADEK M@NJA 2013 ©| Best View: Google Chrome