August 12, 2016

Al-Fatihah Untuk Abah

Assalamualaikum blogger semuanya, lama tak bersiaran di oleh kerana kesedihan yang masih bersarang di dalam hati ini ...

'Adek terlalu rindukan Abah'

Pada 06/06/2016 jam 5.55 pagi >< bersamaan dengan 1 Ramadhan 1437H Abah ku Hj MUNDAGIR BIN HJ SAKOM telah kembali ke rahmatullah dengan keadaan yang tenang .... Pada pagi tersebut sekitar jam 2.00 pagi hingga 5.00 pagi terdengar nafas abah kuat, ku sangkakan sebab Abah bernafas melalui mulut sebab ketika itu Abah batuk kahak dan selsema. Sebenarnya dalam seminggu Abah dah tak sihat , tak lalu nak makan dan tak banyak bicara. 4 hari sebelum Abah pergi kami sepakat adik beradik untuk baca surah Yassin di rumah, Alhamdulillah semua adik beradik 10 orang dapat berkumpul di rumah Abah bersama-sama bacakan Yassin dan solat jemaah.

Selepas 3 hari bacaan Yassin kami lihat abah sudah beransur pulih, nak makan ... nak cakap dan sebagainya walaupon kurang berkemampuan.. Sehari sebelum abah pergi Alhamdulillah aku sempat suapkan abah makan nasi, minumkan abah air ... ajar abah supaya berzikir selalu. Waktu lambat sangat abah nak telan makanan tp aku sabar temankan abah menguyah makanan tersebut. Memang aku tak rasa tanda-tanda abah nak pergi selamanya!

Malam sebelum abah 'pergi' aku sempat lagi minumkan air kosong dan ubat cairkan kahak, sebab abah tak mampu nak buang kahak lagi... 

Allahuakhbar kuasa Allah swt siapakah kita yang mampu menghalangnya... pada subuh tersebut selesai aku dan mak makan sahur, abg Eto datang untuk tengok keadaan abah sebelum dia pergi kerja. Bila tengok ada air putih yang mengalir dari mulut abah tapi ketika itu abah tengah tidur sebab masa abg Eto lapkan air tersebut abah tak terjaga pon. Kemudian sesudah Azan Subuh , ketika itu aku tengah melayan Chenta yang baru bangun tidur, terlihat air putih keluar sekali lagi dari mulut abah, cepat-cepat aku lapkan air tersebut ... dan ketika itu aku nampak dada abah berombak dari bawah ke atas, aku tergamam sambil memanggil suamiku, dan apabila suamiku turun ajarkan dua kalimah syahadah ... Abah terus senyap dan pergi untuk selamanya...

Innalillahiwainnalillahirojiun ... 

Alhamdulillah, Allahuakhbar segala urusan pengebumian Abah Allah permudahkan ... segala kelengkapan mencukupi, semua anak-anak, cucu-cucu dan cicit abah dapat tengok abah buat kali terakhir... sejuk tengok muka abah... selepas segala urusan memandikan jenazah dan sembahyangkan jenazah, pada pukul 09.00 pagi abah telah di semadikan di Tanah Perkuburan Kg Batu Laut...

Al-fatihah untuk Abah Hj Mundagir Bin Hj Sakom
Semoga Allah swt tempatkan Abah dikalangan orang beriman, moga Allah terima segala amal abah yang baik tu...

Abah orang yang hebat, rajin , penyayang, pemurah dan banyak lagi kebaikan yang abah dah buat kat dunia ni untuk anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit dan adik beradik abah juga ..

Moga Abah tenang di Alam Barzakh sana ... Adik terlalu rindukan Abah tau ...

 Kenangan bersama Abah... Allah jangan lupakan ingatan ku terhadap segala kebaikan Abah terhadapku, terlalu banyak Allah ....
Alhamdulillah ... Abah sempat tengok Chenta, main-main dengan Chenta peluk dan cium ... setiapkali Abah nampak Chenta mesti Abah nak cium ....

Selepas 5 tahun kahwin baru dapat kurniakan anak, Alhamdulillah Abah dapat juga berjumpa dengan zuriatku ... 



♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Fully Design By Cik Rose Cute | For ADEK M@NJA 2013 ©| Best View: Google Chrome