August 7, 2009

❤ Ketika Cinta Bertasbih

Jenuh jugak lah mencari tajuk lagu nih ... 1st dengar kar Radio Muzik ... Mcm besh aje bunyi nye ...
Jom Layan ...............


Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta



♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

August 4, 2009

❤ Gotong Royong di PD Kg Ladang Batu

Pada 25 Julai yg lalu , aku bersame kak sani merangcang utk membuat keceriaan di Perpustakaan Desa Kg Ladang Batu, iaitu tempat kami berdua bertugas .... Alhamdulillah mendapat sambutan yg memberangsangkan dari penduduk setempat... Walaupun belum siap sepenuhnya tp mmg seronok dan berbaloi...

Ucapan terima kasih yg tidak terhingga kpd En Pawiro Wasito Bin Mundagir kerana menyumbangkan wang tunai sebanyak RM100.00 kepada kami untk membeli peralatan membuat keceriaan di dalam perpustakaan ini. Juga ucapan terima kasih kepada Pn Norhaima Binti Hj Banis kerana menyumbangkan beberapa pokok bunga dan pasu bunga untuk membuat keceriaan di luar perpustakaan kami ...


-: Diantara pokok dan pasu bunga sumbangan Pn Norhaima :-





-: Keadaan perpustakaan kami sebelum keceriaan :-

Selepas betul2 siap keceriaan tersebut baru aku upload kat blog ni k ...?



♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

❤ Hari Yg Sibuk


Hari-hari yang sibuk ....
kekadang ade hari itu aku heppy sangat...
kekadang ade hari itu aku sedeihhh sangat ....
kekadang ade hari itu aku penattt sangat ....
kekadang ade hari itu aku bengangggg sangat ....
kekadang ade hari itu aku bosannnn sangat ....
kekadang ade hari itu aku biase - biase aje ....
hmmmmmmm...

Hari-hari yang aku lalui penuh dengan keseronokan tapi kekadang penuh dengan kemurungan .... Hari-hari aku kena pk banyak perkara , pk pasal keja , pk pasal biz , pk pasal life , pk pasal majlis perkahwinan aku nnt, pk pasal tunang aku , pk pasal keluarga aku, pk pasal kawan2 aku, pk pasal masa depan aku ... dan mcm2 g lah ....

Tp, bile aku pk balik .. buat pe nk pk2 kan ... buat sakit pale otak ajer ....
sebabnye aku ni jenis yg malas nk pk .... aku buat je mane yg termampu hehehe...
k lah nk sambung keja nih ... banyak keja kat library ni hehehe



♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

July 1, 2009

❤ Cayalah Mama



Hehe ... Cayalah Mama ... sebenarnya aku tak sangka mama ade bakat terpendam buat bunga telur gunakan kertas ....
Sekarang ni mama dh standby buat bunga telor utk aku ... yang warna putih utk Majlis Khatam Al-Quran , warna pink untuk Undangan Mama dan Warna Maroon warna pilihan untuk Undangan aku ...

Saje buat benga telor sendiri ... nak save budget hehehe .... lagi pon mama yg offer dirinya untuk buat kan ... ini belum jadi bunga telor lagi ... baru buat kuntumnya dulu ... Mama cakap kalau dah jadi bunga telor lagi cantik ...
Hmmmm ... ya ke Mama ??

Papehal pon TQ Mama ... luv u sesangat tau ...

Antara koleksi bunga kertas yg sempat mama buat
x tau jenis bunga ape ... mama pakai buat ajer

Ini bunga dahlia ... mama baru praktis tadi ... cantik x ...?
Ini pulak bunga Orkid Color ...
Ini pulak Bunga Sekol ... cantik gak aku rasa hehe
Ini adalah Bunga Pink Rose
Yang ni pulak White Rose






♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

June 30, 2009

❤ Virus H1N1


Pada hari Jumaat yang lepas kami iaitu Ahli Pu3 dari ADUN Sepang telah mengadakan kempen iaitu mengedarkan 'flyer' dan 'face mask' berkenaan Virus H1N1 kepada orang ramai di Terminal LCCT, Air Asia KLIA ....

Tumpuan di beri kepada penumpang yang baru turun di Terminal LCCT itu ... Pelbagai gelagat dari orang ramai ketika di beri 'flyer' dan 'face mask' , ade yang sudi ambil tp ade jugak yg geleng kepala tak nak ... huhuhu malu pon ade jugak ... tp x pe lah cari pengalaman dan sebenarnya aktiviti utk suke2 ajer hehehe

Rimas gak tau pakai facemask ni rupenya hehehe
sesak nafas kejap ... adesh ....
Ketua Cawangan kami Kak Dedek menunjukkan kotak yg terkandung facemask utk di edar kpd org ramai...
My Cousin ... turut serta di dalam kempen ini ...
Para Ahli Puteri Sepang sedang beratur utk mengedarkan 'flyer' dan facemask kepada penumpang yg baru turun dari kapal terbang
Sedang mengedarkan flyer & facemask kepada orang ramai



♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

June 28, 2009

❤ Ketahui Asas Sebuah Perkahwinan Bahagia



1 ~ Berkongsi Tanggungjawab

Suami isteri adalah orang yang saling bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan. Masing- masing perlu memahami makna sebenar perkahwinan dan sentiasa berbincang. Jangan sampai timbul rungutan yang boleh mengguris hati pasangan.

Sebagai contoh, di awal perkahwinan bincangkan bagaimana pasangan akan melakukan kerja rumah. Berkahwin bukan bermakna melantik isteri menjadi orang gaji tetapi sentiasa bersama dalam susah dan senang.

2 ~ Pasangan sebagai teman terlalu istimewa

Bagi mengekalkan kebahagiaan rumahtangga pula, anggaplah pasangan sebagai teman yang terlalu istimewa. Pasangan kitalah sebagai tempat mencurah kasih, mengadu masalah dan bermanja.

Perkahwinan juga melibatkan perubahan falsafah hidup seseorang. Sebagai contoh mereka mula belajar apa yang pasangan mereka sukai seperti hobi dan minat. Jumlah waktu yang diperuntukkan juga akan berubah.

Sekiranya hobi pasangan langsung tidak di sukai, ambil jalan tengah dengan bersama-sama pasangan melakukan hobi mereka. Lambat laun dengan sendirinya kita akan dapat menerima pembahagian itu. Melalui cara itu juga kemesraan dan kebahagiaan akan dapat dipipuk.

3 ~ Perancangan Masa Depan

Perancangan untuk jangka masa panjang sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian. Persoalan seperti masalah tempat tinggal dan perancangan anda perlu diteliti sebaik mungkin . Perlu juga diingat ia melibatkan dua set keluarga kerana perkahwinan akan menyatukan dua buah keluarga yang saling tidak mengenali.

Misalnya isteri perlu memahami tanggungjawab suami terhadap kedua ibubapanya. Jangan pada awal - awal lagi isteri sudah mengawal suami. Sebaliknya isteri perlu banyak bersabar dan berbincang. Ini kerana keduanya dibesarkan dengan nilai - nilai yang begitu berbeza jadi untuk mencapai kesesuaian sudah pastilah ia memerlukan sedikit masa.



♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Fully Design By Cik Rose Cute | For ADEK M@NJA 2013 ©| Best View: Google Chrome