September 1, 2009

❤ Petua Kecantikan Part 1

:: KURANGKAN KULIT BERKEDUT ::
Wanita akan mula rasa tertekan jika melihat kedutan di wajah. Petua yang disediakan ini mungkin dapat mengurangkan masalah yang dihadapi. Caranya aialah parut sebatang lobak merah kemudian campurkan dengan kuning telur dan tepung jagung. Kacau kesemua bahan-bahan hingga sebati. Lumurkan pada wajah dan amalkannya sekali dalam sehari. Sebelum tidur , bilas dengan air suam.

:: MENGHILANGKAN TANDA HITAM MATA ::
Kewujudan tanda hitam di bawah mata menjadikan penampilan kurang bermaya. Bagi mengembalikan keadaaan normal, anda boleh mencuba petua ini. Mula-mula , sediakan perahan lemon dan campurkan air suam. Sapukan ke bahagian bawah mata 2 kali sehari . Cara lain pula ialah dengan menyapu sedikit minyak sapi. Biarkan ia selama 10 sehingga 15 minit sebelum membilasnya. Seelok-eloknya petua ini dilakukan pada sebelah malam sebelum masuk tidur.

:: MENGECILKAN PAHA BESAR ::
Jintan boleh dijadikan penawar dalam mengatasi melangsingkan tubuh badan seperti perut dan juga paha.Caranya, rebus jintan. Biarkan mendidih seketika barulah diangkat. Tunggu air rebusan jintan itu sejuk dan setelah itu boleh lah diminum.Bagi melihatkan hasil positif , amalkan meminumnya sebanyak 2 atau 3 kali seminggu



♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

1 comment:

Sweet_september91 said...

jinTAN BYK JENIS...yg mne 1?? wpe kilo kne rebus??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Fully Design By Cik Rose Cute | For ADEK M@NJA 2013 ©| Best View: Google Chrome