September 5, 2009

❤ Petua Kecantikan Part 2



:: PENAWAR GASTRIK ::
Minum air parutan kunyit yang dicampurkan dengan sedikit madu, ia juga boleh dicampurkan dengan kuning telur. Selamat Mencuba !

:: LEMBUT DAN HALUSKAN RAMBUT ::
Ambil sebatang daun lidah buaya dan dibuang kulit. Lendirnya disapukan ke seluruh rambut. Biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan selama 2 atau 3 kali seminggu. Pasti rambut akan kelihatan lembut , halus dan lebat. Ia sesuai bagi bayi yang baru bercukur.

:: HILANGKAN PANAU MUKA ::
Ambil seketul halia dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian sapukan pada tompokan panau tersebut. Amalkan setiap malam sebelum tidur. InsyaAllah panau akan beransur hilang.

:: PENAWAR ANGIN AHMAR ::
Daging burung merpati, sama ada dibuat suo atau masakan lain. Banyak khasiat yang terdapat dalam si burung merpati. Ia juga sesuai untuk ibu mengandung. Selamat Mencuba!.

:: KURANGKAN SEMBAP MATA ::
Ambil uncang teh yang sudah diguna. Kemudian sejukkan uncang tersebut selama 15 minit. Selepas itu letakkan di atas mata bagi mengurangkan sembap tersebut.

:: KEMPISKAN PERUT ::
Ambil seketul halia dan sedikit asam jawa. Campur kedua-dua bahan tersebut. Sapukan pada perut dan biarkan selama 1 jam. Lakukan selama 45 hari setiap hari. Balut perut dengan tuala supaya ramuan meresap ke kulit. Selamat Mencuba!




♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Fully Design By Cik Rose Cute | For ADEK M@NJA 2013 ©| Best View: Google Chrome