May 18, 2013

Asam Pedas Tetel dan Roti Bakar

Menu Asam Pedas Tetel yang selalu kita jumpa kalau berkunjung ke Negeri Melaka kan ...?? rasanya kat negeri lain takde kot, even kat Selangor pon takde buat Asam Pedas Tetel.

Tapi, korang tahu ke maksud TETEL tu ...?? heeee, rasanya mungkin ada yang tahu dan ada juga yang tak tahu kot. Okey, Tetel tu adalah daging cincang + lemak lembu. Biasanya kat market ada banyak jual sebut je Daging Tetel, kalau tak silap 1kg baru RM10.00. Selalunya saya akan masak Goreng Kunyit, Soup dan Asam Pedas.


Bahan-bahan :-

  • 500g daging tetel (rebus dahulu)
  • 2 senduk cili kering ~ blend
  • 3 biji bawang besar ~ blend
  • 3 biji bawang putih ~ blend
  • 1 inci belacan ~ blend
  • halia ~ blend
  • kunyit hidup ~ blend
  • lengkuas ~ blend
  • minyak masak
  • garam dan perasa
  • kerisik
  • kacang bendi ~ ikut suka

Caranya :-
- Panaskan minyak, tumis semua bahan yg di blend smpai pecah minyak. Tambah air sedikit kemudian masukkan daging tetel. Masak daging tersebut smpai lembut, masukkan garam, perasa dan gula sedikit.
- Agak-agak dah nak empuk masukkan pula kacang bendi dan kerisik sedikit. Siap



♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

1 comment:

AdEk M@nJa said...

resipi tak lengkap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Fully Design By Cik Rose Cute | For ADEK M@NJA 2013 ©| Best View: Google Chrome