December 15, 2013

Mencari Redha Allah SWT

Assalamualaikum kepada semua readers2 blogger yg sudi jejak blog Acik Wawa. sedikit tazkirah yang ingin saya kongsikan disini, dipetik dari buku 'Petunjuk Jalan Kekayan' oleh Dr. Rusly ...

'Walaupon kite mengembara sampai ke hujung duniapon, masalah kita tidak akan selesai sekiranya jalan yang kita pilih itu tidak menuju kepada Allah SWT'

Betul kan, kekadang kita suka berjalan-jalan, mengembara sehingga keliling dunia untuk mencari ketenangan dan kepuasan. Tetapi, kita kena ingat tujuan apa kita mengembara itu, jika tidak menuju ke arahNya, akan menjadi sia-sia sahaja .

Saya terpegun seketika apabila ada rakan fb yang berkongsi tentang kisah 'Ahmad Ammar bin Ahmad Azam' ... mana yang tidak berkesempatan untuk melihat video kisah Allahyarham Ammar, boleh saya kongsikan di sini ...


Setakat ni dah 1,560,831 yang menonton video ni. Kisah Allahyarham Ammar yang mengembara ke seluruh di dunia didalam usia yang muda untuk mencari redha Allah SWT dan ingin mati syahid. Subhanallah, sungguh saya sedih ... pemergiannya amat dirasai, adakah kita mampu untuk menjadi seperti dirinya ...?

Sebenarnya kita mampu, asalkan kita dapat perbetulkan niat kita, untuk apa kita hidup di dunia ini. Saya juga, bukanlah manusia yang sempurna ... terlalu banyak kesilapan dan kekilafan yang saya sudah lakukan, tetapi selalu inginkan redha Allah SWT ...

.............




♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Fully Design By Cik Rose Cute | For ADEK M@NJA 2013 ©| Best View: Google Chrome