Sehari selepas kami berpisah mmg ex ada temujanji dgn pakar di Hospital Selayang pasal claim socso tu ... Aku terpaksa minta Safura hantarkan kami sebab klau aku yg drive mmg x tau laa smpai ke tak ke hospital tu .. apppintmen pukul 9.30am..
October 9, 2020
Temujanji Hospital Selayang
Dengan kesempatan tu aku bawa sekali anak² ... Chenta dan Indah, permata hati kami ni .. selepas ni tak tau laa bila lagi nak jumpa dengan bapak dorang kan?
Semasa menunggu ex, safura bawa kami pergi makan dan singgah di kedai Eco sebelah hospital tu, nak menunggu takde parking pula
Mengisi masa mereka dengan permainan² yang ada kat sini ... Moga ianya akan menjadi kenangan utk mereka di masa hadapan ..
Ummi & Bapak sayang kat korang tau, wpon ummi & bapak dh berpisah inshaAllah cukup utk kehidupan korang di masa hadapan..
Moga² π€²
Sebagai Kenangan
Mungkin ini adalah gambar terakhir kami, mungkin sebab selepas bercerai ex kata nak rujuk balik bila dia dh betul² bersih dan berjaya ... Tak tau nak cakap apa, biasanya selesai sahaja ucapan lafaz tu masing² akan membawa haluan sendiri ... Tak peduli dan malas ambil tahu ...
Tak tau nak describe hubungan kitorang ni macam mana, masing² bagi kata² nasihat dan semangat untuk teruskan kehidupan...
Untuk taknak terima dia balik, aku pon tak boleh nak cakap macam mana .. semuanya aku serah sahaja pada yang maha kuasa ... Aku follow the flow saja π
Pergi 1 kereta untuk ke mahkamah... Sebelum tu kami sempat berpelukan dan meminta maaf ... Pelukan yang terakhir dari dia yang ku sayang tak tau laa smpai bila rasa sayang tu π«
Selesai urusan lafaz cerai untuk ke pejabat agama, sempat juga kami singgah makan Nasi Penyet di Sungai Manggis
Sebenarnya masa kat kedai makan ni aku dah menangis², touching gila ... Boleh aku hadap benda ni semua? Mana datangnya kekuatan tu akupon tak tau... π
21 September 2020
Tarikh yg akan memberikan makna besar untukku mungkin ... Kerana tarikh inilah berakhirnya hubunganku bersama suami berakhir ... Kesedihan yang tidak bisa aku nak ungkapkan dengan kata² ... mungkin ini adalah jalan yang terbaik utk kami berdua π
INI ADALAH KEPUTUSAN PALING SUKAR AKU PERNAH BUAT SEPANJANG HIDUPKU..
Kami berpisah secara baik ... Depan hakim yang bijaksana dia melafazkan cerai dengan begitu tenang ... Tetapi aku pula yang mengalirkan airmata, sedangkan aku yang memintanya .. π¨
Semoga ada hikmah di sebalik semua ni, semoga ex akan lebih berjaya dan bahagia selepas ini ... Semoga Allah swt permudahkan jalan hidup kami selepas ini, semoga Allah swt cekalkan hati kami utk menghadapi ujian ini ..
July 16, 2020
Bersama Pelanggan Pelita Buluh
Alhamdulillah ini adalah antara pelanggan yang order Pelita Buluh kami pada tahun 2019. Hampir 500 batang jugalah yang terjual..
Ada juga pelanggan complain, antaranya sebabnya sumbu cepat habis dan terbakar . Alhamdulillah kami dapat selesaikan masalah tu bersama, kami ganti yang baru ... sangguplah hantar balik, semata-mata nak puaskan hati pelangganπ
... Ada juga customer yang repair sendiri π
1st customer kami, hantar di Masjid Kg. Sungai Kelambu
Hantar smpai bazar ramadhan tau, ini di Bazar Ramadhan Sri Cedhing
Customer paling banyak order dari Jeti Sirip Biru, Bagan Lalang ... Mula-mula order 50 batang, 2nd order 30 batang
Terpaksa pinjam Hilux Abg Sas untuk penghantaran ke Bangi, Klang dan Batu 10
Ada juga customer mintak pasangkan .... no upah π
Order Pelita Buluh nak pasang kat kampung di Batu Pahat ....
Mak kawan sekolah ni, mintak pasangkan pelita buluh 10 batang di rumah ibunya
Berehat sebentar di Jeti Sirip Biru, Bagan Lalang
Menjual Pelita Buluh
Selepas je Indah sihat dari luka bisulnya tu, husband bercadangan nak jual Pelita Buluh pula. Tahun lepas memang ada buat dan jual, idea datang last minit nak raya ... Alhamdulillah dapat sambutan yang menggalakkan.
So, pada tahun ni husband bercadang nak buat lagi ... Aku layankan je laaa, dah memang husband minat buat macam tu.
Promosi di Group FB Banting dan Banting Ku ... kami juga promosi di FB personel memasing, wasap status dan sebagainya..
Alhamdulillah sambutan yang amat menggalakkan, sampai tak cukup buluh!
Kali ini kami menggunakan buluh kuning, selain warnanya cantik, buluh ini juga dikatakan tahan lama kalau kita pandai simpan dengan baik.
Beli dengan orang buluh ni, sebatang RM1.00, bila dah siap ... letak kaki 2 gunakan kayu pallet, letak sumbu 3 dan penutup kami jual dengan harga RM10 sebatang.
ni pelita buluh yang sudah siap
Gigih husband menyiapkan tempahan
1st day punya hasil
Sampai tengah malam buat kerja
List Order ... bercampur2, kemudian kami buat group wasap untuk customer, hehe
Mencari buluh
1st batch yang akan di hantar kepada customer
Indah Kena Bedah
Ini adalah kejadian yang tidak aku pernah sangka!
Tidak sangka bisul Indah di kepala akan jadi sebesar tu dalam masa seminggu. Di awal aku perasan bisul tu ada memang dah bawa dia ke klinik tetapi klinik cuma bagi ubat sapu dan ubat makan untuk surut kan bisul tu. Dalam masa seminggu bisul tu tak susut, Indah pula tak meragam, sakit ke rasa tak selesa ke. Sampai laa aku rasa tak boleh jadi ni macam nak pecah je, sebab takde bernanah pon..
Masa kejadiannya di awal bulan Ramadhan tahun 2019, pagi jumaat aku ajak hb pergi klinik untuk check balik bisul Indah.
Semasa menunggu giliran
Indah buat biasa je, berlari sana sini ... dia memang budak yang aktif...
Sampai di klinik Doktor terkejut melihat bisul Indah yang besar dan di kepala pula tu, terus dia bagi surat suruh hantar ke kecemasan Hospital Daerah Banting. Sampai di Hospital, Doktor terus decide untuk operate Indah sebab bisul nya besar dah paling membahayakan sebabnya ianya ada di kepala...
Masa tu, aku macam hilang arah antara percaya atau tidak, serah segala keputusan kepada Doktor
Masa menunggu waktu untuk pembedahan tu Indah meragam je sebab lapar, Doktor arahkan supaya dia berpuasa. Ye laaa budak kan, dari pukul 10.00 pagi tak minum dan makan sampailah pukul 5.00 petang. Masa ni 1 bilik dengan warga emas, kebetulan 1 kampung, nenek ni terjatuh dari bilik air dan tulang pinggulnya patah
Besar kan bisul Indah? Risau semua ada ... Kebetulan anak yang menjaga nenek tu ada pengalaman yang sama dengan Indah, dia tunjuk tanda bisul kat kepala dia ... rambut pon tak tumbuh di kawasan kesan pembedahan tu... Hati umi jadi tenang sikit.
Masuk bilik bedah sama2 dengan Indah, tengah nangis Doktor bius terus dia tidur
Lekakan dia dengan mainan, tak tau laa mainan siapa punya ada di laci katil ni
Selepas pembedahan! Alhamdulillah Indah tak banyak ragam ... mujur laaa takde 'effect' selepas pembedahan tu. 1 malam juga tidur di Hospital
Mood dah ceria balik
Alhamdulillah keesokan harinya Indah dah boleh balik. Simpan sini sebagai kenangan buat Indah Qu Dahlia