July 16, 2020

Menjual Pelita Buluh

Selepas je Indah sihat dari luka bisulnya tu, husband bercadangan nak jual Pelita Buluh pula. Tahun lepas memang ada buat dan jual, idea datang last minit nak raya ... Alhamdulillah dapat sambutan yang menggalakkan.

So, pada tahun ni husband bercadang nak buat lagi ... Aku layankan je laaa, dah memang husband minat buat macam tu.

Promosi di Group FB Banting dan Banting Ku ... kami juga promosi di FB personel memasing, wasap status dan sebagainya..

Alhamdulillah sambutan yang amat menggalakkan, sampai tak cukup buluh!

Kali ini kami menggunakan buluh kuning, selain warnanya cantik, buluh ini juga dikatakan tahan lama kalau kita pandai simpan dengan baik.

Beli dengan orang buluh ni, sebatang RM1.00, bila dah siap ... letak kaki 2 gunakan kayu pallet, letak sumbu 3 dan penutup kami jual dengan harga RM10 sebatang.

 1st day proses pelita buluh ni di tempat parking depan rumah

 ni pelita buluh yang sudah siap
 Gigih husband menyiapkan tempahan
 1st day punya hasil
 Sampai tengah malam buat kerja
 List Order ... bercampur2, kemudian kami buat group wasap untuk customer, hehe
 Mencari buluh
 1st batch yang akan di hantar kepada customer






♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Fully Design By Cik Rose Cute | For ADEK M@NJA 2013 ©| Best View: Google Chrome