July 16, 2020

Indah Kena Bedah

Ini adalah kejadian yang tidak aku pernah sangka!

Tidak sangka bisul Indah di kepala akan jadi sebesar tu dalam masa seminggu. Di awal aku perasan bisul tu ada memang dah bawa dia ke klinik tetapi klinik cuma bagi ubat sapu dan ubat makan untuk surut kan bisul tu. Dalam masa seminggu bisul tu tak susut, Indah pula tak meragam, sakit ke rasa tak selesa ke. Sampai laa aku rasa tak boleh jadi ni macam nak pecah je, sebab takde bernanah pon..

Masa kejadiannya di awal bulan Ramadhan tahun 2019, pagi jumaat aku ajak hb pergi klinik untuk check balik bisul Indah.

 Semasa menunggu giliran
 Indah buat biasa je, berlari sana sini ... dia memang budak yang aktif...

Sampai di klinik Doktor terkejut melihat bisul Indah yang besar dan di kepala pula tu, terus dia bagi surat suruh hantar ke kecemasan Hospital Daerah Banting. Sampai di Hospital, Doktor terus decide untuk operate Indah sebab bisul nya besar dah paling membahayakan sebabnya ianya ada di kepala...

Masa tu, aku macam hilang arah antara percaya atau tidak, serah segala keputusan kepada Doktor
 Masa menunggu waktu untuk pembedahan tu Indah meragam je sebab lapar, Doktor arahkan supaya dia berpuasa. Ye laaa budak kan, dari pukul 10.00 pagi tak minum dan makan sampailah pukul 5.00 petang. Masa ni 1 bilik dengan warga emas, kebetulan 1 kampung, nenek ni terjatuh dari bilik air dan tulang pinggulnya patah
 Besar kan bisul Indah? Risau semua ada ... Kebetulan anak yang menjaga nenek tu ada pengalaman yang sama dengan Indah, dia tunjuk tanda bisul kat kepala dia ... rambut pon tak tumbuh di kawasan kesan pembedahan tu... Hati umi jadi tenang sikit.

Masuk bilik bedah sama2 dengan Indah, tengah nangis Doktor bius terus dia tidur

 Lekakan dia dengan mainan, tak tau laa mainan siapa punya ada di laci katil ni

 Selepas pembedahan! Alhamdulillah Indah tak banyak ragam ... mujur laaa takde 'effect' selepas pembedahan tu. 1 malam juga tidur di Hospital

 Mood dah ceria balik

Alhamdulillah keesokan harinya Indah dah boleh balik. Simpan sini sebagai kenangan buat Indah Qu Dahlia

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Fully Design By Cik Rose Cute | For ADEK M@NJA 2013 ©| Best View: Google Chrome