January 20, 2008

❤ Petua Mencuci Hati

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satukaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikanhatiku bersih."

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelumtidur- Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita danmencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencucihati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkanjiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah"Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekalimengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakanlah: "Aku sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelumtidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otakaku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif." Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapatdirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukanperkara2 kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatukejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pastihalal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). - Jangan dengarorang mengumpat.
♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Fully Design By Cik Rose Cute | For ADEK M@NJA 2013 ©| Best View: Google Chrome