August 8, 2008

.:: Projek Ternakan Ikan Keli ::.


Projek ikan keli ni baru saje di lakukan dan Al-hamdulillah ia mendapat sambutan yg boleh di banggakan lah berikutan banyak kilo sudah di jual. Terdapat 6 buah kolam semuanya dan terletak bersebelahan dgn rumah aku. Mmg betul, skrg ni ramai yang buat projek keli ni, setiap kampung atau pelusuk mesti ade menternak keli klau x secara besar-besaran yang menternak untuk suka-suka pon ade sebabnya ikan keli ni jenis yang lasak dan senang nak di jaga asalkan bagi makan ikut waktu dan jaga air supaya tidak berbau.
Bukan nak puji tapi ikan keli yg kitorang ternak ni mmg berkualiti dan sedap di makan kerana benihnya dari gred A dan diternak dgn menggunakan air bersih dari bukit. Kitorang amik benihnya dari Sg Mahang... Mmg baka baiklah, sebabnya senang di jaga/bela.
Selain tu, kelebihan ikan keli yang kitorang ternak ni ianya apabila di goreng ikan tidak meletup , isi yang kenyal , tidak hanyir dan yang penting bersih. Ramai yang telah mencubanya dan Alhamdulillah mendapat feed back yang memberangsangkan.
Sekilo harga ikan keli ni ialah RM 5.00 siap siang tu, korang balik tiggal cuci dgn buah limau kemudian masak lah ikut kesukaan . Biasanye ikan keli ni sedap di masak Lemak Getik, Asam Pedas, Goreng Rempah , Di Bakar , Pecel Lele dan mcm2 lagik lah . Tapi fav aku ialah Keli Bakar dgn Lemak Getik ... Pergh!!! Menjilat jari hehhehe


-:: Mama tgh bagi ikan keli MaMaM ::-

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Fully Design By Cik Rose Cute | For ADEK M@NJA 2013 ©| Best View: Google Chrome