February 11, 2008

.:: Takziah Buat Family Kak Long ::.

Takziah aku ucapkan untuk keluarga Kak Long kerana pemergian suami yang tercinta iaitu Arwah Chailany Bt Hawa ... Pemergiannye di redhai dan pemergiannya juga turut di ratapi ... Aku sndr pon belum dpt terima hakikat pemergiannya sbb nya aku sayang sgt dekat Abg Long ... dia seorang Abg Ipar yg penyabar tak pernah sikit pon dia tinggikan suara pada anak-anak dan juga keluarga aku ... Semua orang menyenangi kehadirannya untuk menjadi salah seorang ahli keluarga ku ... Tak ade sorang pon dalam ahli keluarga ku menyimpan dendam atau marah terhadap Arwah kerana Arwah begitu di senangi ...
Arwah mula sakit pada raya tahun lepas berpunca dari makanan yang di makan tersangkut di tekak , kemudian susah untuk menelan makanan ... Apabila di hantar di Hospital Kuantan, doktor mengesyaki Arwah menghidap kanser di dalam perut tetapi maklumat yang di berikan oleh Doktor di hospital tersebut tidak berapa jelas berikutan pihak hosptal tidak dapat mengubatinya . Kemudian , apabila mencuba berubat secara tradisional di Kuantan ... di khabarkan Arwah terkena buatan orang ataupon terlanggar 'benda' sewaktu berada di kebun ... Tapi pihak keluarga aku tak dapat terima sebabnya Arwah seorang insan yang baik dan mulia di pandangan mataku .. Tak mungkin ade orang yang sanggup buat begitu ... Mungkin 'bomoh' tu buat andaian coz perut arwah pada ketika itu besar macam 'busung' ...
Kemudian pada tahun lepas, Pahang di landa banjir besar so, keluarga aku menyuruh supaya Arwah pulang ke kampung senang untuk berubat kerana pada waktu itu sukar utk berulang alik ke hospital mahupun berubat secara tradisional berikutan banyak jalan yang di tutup. Apabila pulang ke rumah banyak juga ikhtiar yang di lakukan , berulang alik ke hospital banting tapi doktor yang ade di hospital tu pon tak dapat nak berbuat ape2 ... cuma klau Arwah rasa senak perut dia perlu buang air dalam perut , kemudian mak aku pon suoh berubat kampung ... dengan cara golek kan telur ayam kampung kt perut lah ... Ada tu kat Pulau Carey 'bomoh' tu suoh makan buah 'Jemuju' .. di katakan buah tu mampu utk mengubati semua jenis kanser ... Pada masa tu aku kurang yakin sbb nya klau buah tu mampu untuk mengubati semua jenis kanser takkan para saintis tidak dapat menemui / mengkaji buah tersebut ...? Bukan susah untuk cari buah tersebut ...
Tapi akhirnya Allah swt lebih menyayangi Arwah .. Pada 9.2.2008 dalam pkl 3.30 ptg Arwah menghembuskan nafas yang terakhir di sisi isteri, anak-anak,cucu-cucu dan keluarga aku ... Pada masa itu, arwah baru pulang dari Hospital Banting tidak sampi 10 minit turun dari kereta dan di letakkan di atas katil pemergiannya tidak di sedari umpama pergi dalam keadaan tidur ... Menurut anak nya dari Hospital Banting Arwah tak henti-henti mengucap dua kalimah shahadah ... Kami redha dengan pemergiannya daripada Arwah menanggung kesakitan begitu ... Menurut keluarga Arwah ... adik lelaki bongsu nya turut meninggal kerana menghidap penyakit yang sama ... Ya Allah Ya Tuhanku , cucuri lah rahmat ke atas Allahyarham Chailany Bt Hawa , tempatkanlah di tempat orang-orang yang soleh ... di tempat yang Engkau redhai ... Amin ..

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

1 comment:

Ahmad said...

sabarlah...

takziah kepada family awak...

“…dan orang-orang yang bersabar dalam kesulitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar imannya dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.” (Al-Baqarah: 177)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Fully Design By Cik Rose Cute | For ADEK M@NJA 2013 ©| Best View: Google Chrome