April 26, 2008

.:: Anak Kena Makan Penampar ::.

Kesian aku nengok si shahidan tuh ... mlm td kena makan penampar oleh ayah nye coz leka main game smpi ke mlm ... Aku tak kisah klau takat nak marah anak sbg pengajaran kan ... tp klau ayah nye nk belasah pon biarlh smpi kat umah ... aku rasa mcm tak sedap plak mata memandang dgn cara mcm tuh ... malu lah anak tu di perlakukan mcm tu kat khayalak ramai ... lagi pon mak ayah dia tuh cikgu tuh ... Bg pendapat aku , tak wajar pukul2 anak kat khayalak ramai ... Klau mak ayah dia buat mcm tuh lagi lah anak akan mengganas coz hilang rasa hormat n semestinya malu coz dia dh besar lagi pulak mesti keegoan dia tercabar ... Serasa aku bukan pertama kali shahidan kena cam tu dulu pon ibu dia penah bagi penampar kat dia coz ponteng sekolah and main game ... Tp, dia x serik2 pon ...? Entah lah aku tak leh lupa peristiwa malam tadi lh ... dh tu aku plak yg dia marah , seb lah alang ade utk back up aku ....
♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

April 19, 2008

.:: Tengok Wayang ::.


Hehehe sape yg dah tgk filem congkak ..? meh share dgn aku pasal filem tu ... Nak kata ngeri pon x ngeri sangat lah citer tuh .. Pada mulanya kitorang nk tgk KL Drift kat Jusco Seremban 2 ... tp tayangannye pkl 6.30pm plak nye ... lama tu nak tunggu dr kul 1 hingga kul 6 ... so memandangkn dh smpi kat tmpat wayang tu kan cari je lh filem lain ... So kitorang decide tgk congkak ... Aku x brape ske sgt cita seram2 ni .. ye lah aku ni lemau semangat hehehehe ... Aku pon tak tau lh nk klasifikasikan filem tu cam ne .. nak kate seram tp mcm kelakar pon ade ... Mana tak nya si Affiz & Jiela bantai ketawa aje ... so dr seram filem tu dh tukau kelakar plaknye hehehhe .. tp pepon ok gak lah filem tuh ....
Pastu lepas tgk wayang kitorang p bantai berkaraoke plak nye , abes gak lah 12 lagu ... Aku duet dgn affiz lagu 'Jangan Pisahkan' & 'Doa Buat Kekasih' hehehhehe ... Kelakar gak lah bile kluar suara aku yg merdu kan ... mane tak nye kluar aje dr parking hujan lebat kat luar sana ... hehehehe ... Tp oklah i feel goooooood hehehe than lepas karaoke aku n affiz p main ketuk gendang smpi berbirat gak lah tangan kitorang hehehh

.:: Layan Jgn Tak Layannnnn...... ::.


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

April 11, 2008

❤ Petua Utk Kecantikan & Awet Muda



-: Ini lah hasil dari air rebusan tersebut .. Selamat Mencuba ..!! :-

Sekarang ni aku n mama tgh mengamalkan 1 petua ni dan alhamdulillah selama seminggu mengamalkannya badan kami terasa perubahannya , rasa lebih ringan dan cergas .... Td pon masa breakfast mama ada hidangkan kat abah air rempah tu than abah tmbah lagi campur dengan madu ... ni petuanya ...


Bahan-bahan :-

2 Batang Serai - di ketuk
3 Inci Halia Tua - di hiris
3 Inci Ibu Kunyit - di hiris
sedikit buah cekur - di hiris
2 Batang Kulit Kayu Manis
Lada Hitam 0.30 sen
Caranya :-

Rebus kesemua bahan-bahan diatas dan minum pada setiap pagi insyaAllah badan akan cergas sepanjang hari dan mengurangkan rasa lapar .
-: Kulit Muka Bermasalah :-
Sebenarnya banyak dah cara utk aku me'repair' muka aku nih ... dah berabis jugaklah duit membeli produk2 kecantikan yg sedang hangat di pasaran ni kan ... tp semuanya aku tgk mcm ampesh aje maybe x sesuai kot dgn kulit muka aku ni kan ... Pastu sedang aku terfikir-fikir cam ne nak buat dengan rupa aku ni yang berjerawat dan berminyak ni kan , terfikir idea ni dan kat sini aku sediakan bahan-bahan yang tgh aku amalkan sekrg ni .
Bahan-bahan :-
3 biji bedak sejuk
1 inci ibu kunyit - di parut
1 btg kulit kayu manis - ditumbuk halus
Caranya :-
Gaulkan bahan-bahan di atas kemudian sapu di muka sebelum tdo ... Kulit muka akan tegang dan pedih .. Kemudian setengah jam kemudian bersihkan muka menggunakan air suam .. Hasilnya kulit akan lembut dan cerah ... InsyaAllah

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

April 10, 2008

❤ Kek Cawan










Entah sejak bila ntah ske betul aku tengok koleksi 'cup cakes' ni .. geram sungguh! so tak sabar rasanya nak try membuat nye hehehehhe ... Artikel kat bawah ni aku copy dari 1 blog ni kak ita delight kot .. sori ea copy tanpa btau coz mmg nk try resepi yg di beri ...


Kek cawan sangat comel, berhias cantik dan memikat selera. Apa lagi jika bukan kek cawan atau kek mangkuk? Sejak kebelakangan ini, ia sudah menjadi satu hidangan popular atau trend terutama di kota atau bandar besar. Malah, setiap majlis tidak akan lengkap tanpa kehadiran kek-kek kecil yang juga dikenali dengan nama cuppies ini. Tetamu juga diberi kek cawan sebagai cenderahati untuk dibawa pulang.Ramai suri rumah menceburi bidang perniagaan dengan membekalkan kek seumpama ini kepada jiran-jiran, sahabat-handai dan saudara-mara. Ia menjadi tumpuan di majlis hari jadi, pertunangan atau perkahwinan (sebagai hantaran).


Terkini, ia menjadi satu kemestian di mana-mana majlis pelancaran produk terbaru syarikat korporat. Ini adalah kerana hiasan di atas kek boleh diubahsuai mengikut kehendak atau cita rasa pelanggan.Ada beberapa saiz mangkuk kertas atau paper cups. Juga pelbagai corak dan warna. Apa yang paling penting adalah memastikan mangkuk kertas diletakkan ke dalam patty tins yang sama saiz. Dengan cara ini sahaja bentuk kek akan kekal cantik semasa dibakar. Ada juga mangkuk kertas yang sudah dibentukkan dengan kertas keras dan boleh dibakar begitu saja (tanpa perlukan patty tins).Jangan isikan adunan sehingga tiga suku penuh kerana kek akan menjadi sama rata dengan tepi keliling bila sudah masak. Ini merugikan kerana anda perlu membuang bahagian atasnya untuk menyapu aising.


Jadi, sebaik-baiknya timbang setiap adunan (di dalam mangkuk kertas) supaya sama banyak. Jika tidak, ada kek yang akan penuh dan ada yang kurang. Bila kurang, anda terpaksa gunakan lebih banyak aising.Aising mentega yang digunakan di sini tidak manis. Ia tidak seperti aising mentega yang biasa. Rasanya yang lemak itu tidak menjemukan. Anda juga tidak perlu menggunakan gula aising yang banyak seperti membuat aising mentega yang popular (mentega campur gula aising). Jadi, lebih ramai orang yang akan gemarkan aising mentega susu. Aising atau krim ini sangat sesuai bagi menghias sebarang jenis kek.


Apakah 'krimwell'? Tekstur dan warnanya adalah seperti lemak sayuran (vegetable shortening). Sama seperti tekstur marjerin tetapi berwarna kuning pucat. Ia tidak perlu diletakkan di dalam peti sejuk dan selalu dijual di dalam bekas plastik lutsinar yang bertutup kemas. Krimwell juga dikenali sebagai creamwell dalam bahasa Inggeris. Salah satu jenama lain yang popular adalah marvello (sekitar awal 1990-an).Krimwell yang agak keputih-putihan memudahkan aising diwarnakan. Anda boleh gunakan warna biasa atau esen di dalam botol. Hanya beberapa titik diperlukan. Bila membahagikan aising, pastikan secukupnya saja kerana anda boleh menambah lagi jika perlu. Sekiranya gemarkan aising yang manis, boleh tambahkan gula aising.Jangan gunakan mentega tulen untuk membuat aising kerana ia mudah cair. Pilihlah mentega (susu) yang bercampur dengan sayuran (kelapa sawit). Ia lebih murah daripada mentega tulen dan baunya juga tidak sekuat atau seharum mentega tersebut.Kekeliruan mungkin timbul dengan bahan Quick 75. Ia juga dikenali dengan nama ovalette. Diperbuat daripada sumber soya, Quick 75 atau Sponge Cake Emulsifier mampu menggebukan kek.


Selain itu, pastikan telur bersaiz besar (Gred A) serta masih baru. Telur lama kehilangan faktor yang dapat membuat kek lebih ringan dan 'cair' di dalam mulut.Paling penting untuk diingati adalah semasa membakar kek. Jangan atur kek dalam susunan bulat mengikut bentuk tin pembakar. Ini akan membuat kek di bahagian 'belakang' dan 'tepi' berdekatan dinding mengembang dengan cepat. Suhu di situ lebih panas. Adunan mungkin melimpah keluar dari mangkuk kertas dan ini merosakkan atau mencomotkan kek kerana ia akan melekat pada bahagian tepinya.Susun mangkuk kertas dalam bentuk membulat atau gunakan tin pembakar bulat seperti tudung periuk. Elakkan menggunakan loyang kerana bahagian keliling yang tinggi melambatkan proses membakar. Selalu pusingkan bahagian belakang ke sebelah hadapan bila kek sudah separuh masak.Jika mahu menggunakan kipas dalaman dan kepanasan atas dan bawah semasa membakar, turunkan suhu kepada 160 C-170 C. Ketepatan suhu bergantung pada ketuhar masing-masing, berapa lama digunakan dan jenama. Ketuhar yang lebih canggih dan mahal mempunyai kepanasan dalaman yang lebih sekata. Manakala ketuhar yang menggunakan gas kadangkala membuat kek berbau kurang enak.


Untuk mendapatkan corak yang diinginkan, lakarkan terlebih dulu di atas kertas. Tandakan warna-warna yang anda inginkan. Isikan ke dalam beg aising dengan nozzle yang sesuai. Misalnya, bentuk bintang pecah 5 atau 8, bentuk daun (yang boleh menjadi kelopak bunga matahari) atau bentuk bergerigi sebelah (yang boleh menjadi corak pada tepi bakul).



.:: KEK CAWAN ::.

Bahan-bahannya (Menghasilkan anggaran 25 biji kek cawan.)
250 gm mentega
230 gm gula kastor
2 camca teh Quick 75
4 biji telur Gred A
270 gm tepung serbaguna } diayak
1 camca teh serbuk penaik } diayak
60 gm susu pekat
2 camca besar susu segar/cair
1 camca teh vanila



Hiasan


Aising mentega susu biasa
Aising mentega oren/ungu
Mawar kecil (merah muda)
Parutan coklat


Cara membuatnya


1. Putar mentega, gula dan Quick 75 hingga gebu.
2. Masukkan sebiji demi sebiji telur, pukul sebati setiap kali.
3. Campurkan bahan ayak, kacau rata.
4. Bubuh susu pekat, susu cair dan vanila.
5. Bila sebati, timbang sebanyak 44 gm untuk setiap cawan kek (saiz sederhana).
6. Bakar pada 190 C selama 20-25 minit atau hingga masak.
7. Biar kek sejuk sebelum dihias ikut suka.



AISING MENTEGA SUSU(Cukup untuk menghias kek cawan di atas.)


Bahan-bahannya
125 gm mentega (bukan mentega tulen)
125 gm krimwell
100 gm susu pekat
20 gm gula aising, diayak
1/2 camca teh vanilaPewarna oren, ungu, merah dll


Untuk aising coklat (dipukul sekali dalam langkah 1)
15 gm serbuk koko, diayak
1 camca besar susu cair


Cara membuatnya


1. Pukul semua bahan dengan pemutar elektrik.
2. Pastikan berhenti sekali-sekali dan kacau dengan spatula supaya semuanya sebati.
3. Bila kembang, pucat dan gebu, bahagikan mengikut warna yang dikehendaki.
4. Sapukan kek dengan aising, kemudian hiaskan mengikut cita rasa masing-masing.

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

April 9, 2008

.:: Lelaki Idaman ...?? ::.

Lelaki idaman ..? akekekke tetiba aku teringat kat member aku ni yg ske sgt jual mahal , kononnye lelaki tu bukan lelaki idaman dia ... hehehhe... sampai bila kau nak tunggu lelaki idaman tu , umur dah lanjut hehhehhe ... Actually member aku sama baya dengan aku ni ... bkn nak kutuk tapi tu lah jawapan dia dari dulu ... belum jumpe dgn lelaki idaman . Parah memang parah .. Tp syukur Alhamdulillah dah coz skrg dia dh tak memilih lagi dah , berkat kesabaran si Samsul meng'usha' member aku ni akhirnya tercapai jugak hajat dia . Lama dah derang ni berkawan , klau keluar aje mesti berdua ... klau nk dinner ke , nak repair keta ke atau nak jejalan ke mesti member aku ni ajak si samsul nih hehhehe ... so kitorang syak mesti derang ada ape-ape ni .. Tp, bila di tanya x nk plak ngaku ... ish... mcm2 alasan yg dia bagi, samsul tak mature lah , samsul tak sama taraf lah , samsul bwh umo dia lah .... musykil jugak coz slalu kuar sama takkan x de feel kan ...?

Tp kan ... Hari ni aku di kejutkan dengan satu berita yang menggumbirakan aku lah ... sebabnya derang dah couple secara sah dan insyaAllah derang nak bertunang next year !!! .. Hari ni bleh plak sanggup amik emergency leave g nengok wayang ...

Pe pon pada Z & Samsul aku doakan jodoh korang insyaAllah sampai ke jinjang pelamin ea ...

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

April 6, 2008

.:: Our Love ::.

Banyak betul benda yg aku tgh fikirkan skrg ni ... kdg2 aku keliru dgn perhubungan yg telah aku jalinkan bersama affiz ... Faktor usia , kerjaya dan harta selalu jugak aku fikirkan ... Kdg2 aku keliru utk membezakannya dgn kasih sayang dan cintaku terhadap dirinya ..

Banyak betul cerita-cerita yg x besh aku dengar dari org yg berada di sekeliling aku ... klau lah perempuan lebih tua dr lelaki ... susah utk kekal sebabnya , dh tentu lelaki muda akan cari perempuan yg lebih muda dari dirinya kan ...? si isteri dah tua , dan tak cantik , dah berkedut ... tak mustahil dia akan cari yang lain ... Bukannye ape , bukan aku tak yakin dengan perhubungan yg telah aku jalinkan sekarang ni , tapi bila dah banyak kes yang sama berlaku ... Bila mak aku dengar dia dh tak yakin dengan perhubungan aku bersama affiz ..

Jauh tu beza usia aku dgn affiz , beza 7 tahun ..!! .. Aku pon tak nafikan , dia ade rupa n dia boleh cari yang lebih baik n lebih bagus dari aku kan ..? Dengan usia aku yg mcm ni , aku dah tak nak lagi melalui zaman percintaan lagi than break ... klau bleh aku nak pasangan yg sah yang boleh kekal sehingga ke akhir hayat ... Aku berangan utk membina sebuah mahligai impian bersama insan yang aku sayangi ... Aku berangan utk mengadakan majlis perkahwinan yg indah dan besar-besaran ... Aku berangan utk mempunyai anak dan membesarkannya dengan belaian kasih sayangku .... Aku berangan utk mempunyai suami yang boleh menjagaku sepanjang hayatku , yg boleh menjadi imam utk setiap solatku serta seorang yang mempunyai sikap tanggungjawab . Salah ker ..?

Kadang-kadang aku terfikir .. dia boleh ke ...? Aku faham .. tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini , tp teringat pula mak aku cakap ... sedangkan mak & abah pon tak pernah sia-siakan aku , takut pulak jodoh ku nanti akan sia-siakan aku pulak .. tp semuanya telahku serahkan pada yang Esa ... Aku hanya mampu berdoa memohon untuk mendapatkan yang terbaik ...

♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Fully Design By Cik Rose Cute | For ADEK M@NJA 2013 ©| Best View: Google Chrome