Tetapi kali ini , mungkin episod terakhir buat kami berdua ... Dugaan yg melanda telah melemahkan semangat kami untuk bersama ... Ujian yg mendatang juga telah meretakkan perhubungan yg selama ini kurasakan bahagia .... Oh Tuhan ... adakah aku ada jodoh bersama dgnnya ...?? Adakah ini hanyalah sebahagian cubaan dan dugaanMu buat kami berdua ...?
March 31, 2009
❤ Aku dan Kenangan
Telah banyak suka duka yg pernah kami lalui ... telah banyak juga pengalaman pahit dan manis kami tempuhi ... Telah banyak gurau senda , gelak tawa bersama ... telah banyak juga pertelingkahan antara kami berdua .... Tapi kami tetap bersama .... kami tetap bergembira bersama ... kami tetap bahagia bersama ...
Tetapi kali ini , mungkin episod terakhir buat kami berdua ... Dugaan yg melanda telah melemahkan semangat kami untuk bersama ... Ujian yg mendatang juga telah meretakkan perhubungan yg selama ini kurasakan bahagia .... Oh Tuhan ... adakah aku ada jodoh bersama dgnnya ...?? Adakah ini hanyalah sebahagian cubaan dan dugaanMu buat kami berdua ...?
♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥
Tetapi kali ini , mungkin episod terakhir buat kami berdua ... Dugaan yg melanda telah melemahkan semangat kami untuk bersama ... Ujian yg mendatang juga telah meretakkan perhubungan yg selama ini kurasakan bahagia .... Oh Tuhan ... adakah aku ada jodoh bersama dgnnya ...?? Adakah ini hanyalah sebahagian cubaan dan dugaanMu buat kami berdua ...?
March 13, 2009
❤ Resipi : Opor Burung Puyuh
Resipi ni aku 'copy' dari Laman web rasmi Majlis Daerah Pekan ... Resipi dari Istana Pekan ... so mmg kena try lah kan ...

Bahan-bahan
850g burung puyuh – dibelah dua
25g bawang merah
2 ulas bawang putih
5 hiris halia
2 batang serai – dititik
10sm kulit kayu manis
20 ulas buah pelaga
1 sudu teh bunga cengkih
125g bawang merah
50g bawang putih
50g lada kering
2.5sm kunyit hidup
2.5sm lengkuas
2.5sm halia
½ ibu jari belacan
50g rempah opor
4 biji lada hijau – dipotong dua
200g bawang merah – dimayang kasar
3-4 cawan santan pekat
75g kerisik
1½ cawan minyak
Cara memasak
Panaskan minyak. Tumis serai dan bahan-bahan ‘A’ bersama rempah campak sehingga kekuningan dan naik baunya. Kemudian masukkan bahan-bahan ‘B’ dan tumis sampai garing dan pecah minyak serta wangi.
Campurkan rempah opor dan goreng sehingga pecah minyak dan wangi.
Masukkan burung puyuh. Masak di atas api kecil sebentar dan gaul dengan rata, barulah masukkan santan dan kerisik. Setelah pecah minyak dan pekat sedikit masukkan bawang besar dan lada hijau.

❤ Resepi Chim Cut Ro-Ti
Bahan-bahan :-
4 ekor burung puyuh, belah jadi 2-4
3 sendok makan minyak bijan
2 sendok makan minyak
3 biji bawang putih, haluskan
4 batang daun bawang, iris halus
1/2 batang serai, iris halus
1 sendok teh cabai tumbuk
1 sendok makan sos ikan
1 sendok teh gula pasir
1/2 sendok teh garam
Cara Memasak :-
Panaskan minyak, lalu masukkan bawang putih, tumis hingga kuning.
Masukkan daun bawang dan serai, kacau rata, tumis sampai layu, angkat, lalu masukkan cabai tumbuk, sos ikan, gula, dan garam, kacau rata dan sejukkan.
Gaul tiap burung puyuh dengan bumbu tadi hingga rata, biarkan 2 jam dalam bekas, lalu cucuk dengan lidi sate.
Panggang di atas bara api/di dalam oven (180 derajat Celsius) sampai masak sambil dibolak-balik dan disapu dengan minyak bijan, angkat.
Biasanya burung puyuh panggang disajikan bersama-sama dengan garam, merica, dan jeruk nipis.

❤ Burung Puyuh Masak Sup Ala Thai
Saje je nk mengumpul resipi dari Burung Puyuh nih ... harap2 dpt dijadikan sbg sumber rujukan aku suatu hari nanti kan ...?

SUP BURUNG PUYUH ALA THAI
6 ekor burung puyuh~dipotong dua bahagian
1 bunjut sup tulang
2 inci kulit kayu manis
2 biji pelaga hindi
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 pelepah batang saderi~dipotong nipis
2 labu bawang besar~dibelah empat
3 biji tomato~dibelah empat
9 biji cili api thai~diracik( boleh kurangkan dan boleh ditambah)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Bahan Hiris/Racik
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 inci halia 2 inci lengkuas
Untuk Hiasan
daun saderi~diracik
daun bawang~diracik
cili api~diracik
Bawang goreng.
Limau nipis
Cara Membuatnya
1. Tumis sekejap perkakas kasar( kayu manis, pelaga hindi, bunga cengkih dan bunga lawang) dan sup bunjut. Masukkan bahan hiris dan tumis sehingga garing.
2. Masukkan air secukupnya dan biarkan kuah mendidih selama 10 minit.
3. Masukkan burung puyuh, dikacau dan biarkan sehingga burung puyuh masak
4. Masukkan saderi, bawang besar, tomato dan garam. Kacau seketika. Angkat dan hidangkan
5. Taburkan daun bawang, daun saderi,bawang goreng dan perahkan asam limau sebelum dimakan.

March 4, 2009
❤ Rahsia Terbongkar

March 3, 2009
❤ Aku Bertunang ..??
Alhamdulillah aku bersyukur sangat pada Ilahi kerana semuanye berjalan dgn lancar semasa hari pertunangan ku bersama Mohd Haffiz ... Tp bila di fikirkan balik mcm x percaya aje aku dh bertunang ... hehehe x leh nk notty2 g lah pulak ...
Aku berharap dan berdoa semoga perhubungan kami ini tidak banyak halangan yg akan melanda ... yerlah rasenye mase kami couple pon mmg dh banyak dugaan dan halangan yg menimpa tp Alhamdulillah dapat bertahan sehingga kini ... Lepas ni tinggal buat persiapan utk perkahwinan pulaknyer ...
❤ Sekitar Majlis Pertunanganku


Kak Ngah , Abg Eitok dan Kak Eira tima kaseh sesangt



Alhamdulillah dan syukur sgt coz ramai juga yg memberi sumbangan utk hantaran tu antaranye :-
Kak Ina - Buah-buahan
Kak Eila - Kek Sarawak
Kak Ngah - Buah Anggur
Kak Eira - Coklat
Kak Wan - 2 dulang utk Puding
Kak Long - Gula-gula dan Coklat
Mak Wo - Kueh Kacau Keledek dan Labu
Kak Kotot - Buah-buah 1 Bakul, Ferrero Roche 1 Kotak dan Bahulu 1 tupperware siap berhias.
Eca - Bawa kueh donut utk sarapan pagi
Abg Eitok - Ayam 5 ekor
Abg Mie - Ayam 6 ekor
Terima kasih pada semuanye kerana sudi memberi sumbangan tersebut.
