October 23, 2010

❤ Ular Berpenunggu ...?

lebih kurang macam ni spesis ular yg saya jumpa tu ...

Adduyyaiii memang ngeri tragedi malam jumaat smlm (MJ) ... maunya tak ngeri bila pertama kalinye saya terjumpa ular sawa 2 kali tinggi saya melintang jalan ... Pada malam tu spt malam2 biasa saya baru balik meniaga melalui jalan yg hari2 saya lalui sejak saya berniaga 3 tahun yg lalu.

Pada malam tu dalam pukul 11.00 lebih menghampiri jam 12.00 tgh malam saya pulang berniaga bersama hubby melalui Jalan Kalam Kg Batu Laut , pada masa itu saya masih mamai kerana terlalu mengantuk, tiba-tiba hubby 'break emergency'... saya tanya kenapa ? hubby tunjuk betul2 depan2 kereta kami seekor ular sawa berwarna kuning, sebesar peha saya dan panjang 2x tinggi saya... Subhanallah...

Nak lalu ke kiri tak boleh nak lalu sebelah kanan pon x boleh, kemudian hubby memberhentikan kereta utk bagi laluan ular tersebut. Kemudian, hubby call member dia utk dtg ke situ menyuruh tangkap ular tersebut, ???? ... eeeee segera saya tarik baju hubby bila dia nak keluar kereta utk menarik ekor ular tersebut .... eeeeee x yah laaa , jgn ler cari pasal malam2 jumaat ni awk hehehe...

Tak lama kemudian, kawan hubby datang menaiki motosikal bersama rakannya yg lain, apabila sampai dorang menyuluh dan mencari ular di dalam semak, di dalam parit dan di dalam kebun, tapi tak jumpa ...?? aik ..? pelik nya baru je ular tu masuk semak, besar macam tu takkan dia dapat lari jauh ...?? huhuhu, meremang sudah bulu roma saya, segera saya ajak hubby balik ...

Keesokan hari nya bila beritahu rakan yg lain bahawa kami menjumpai ular tersebut di lokasi berkenaan, rakan tersebut tu berkata .... 'bahaya... tempat angker tu...' ???? Uiiiyaaiii selama 3 tahun saya berulang alik x pernah pon jumpa menda2 mcm tu ... huhuhu

Bila saya panjangkan cerita ni pada mama, mama cakap kalau mcm tu... itu ular penunggu, maksudnya dia bagi amaran pd kita ... kalau kita ada hajat, mungkin tak kesampaian .... tp, betul ker macam tu ...?? hrrmmmm confuse lorrr


♥Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen Corat Coret Acik Wawa ♥

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Fully Design By Cik Rose Cute | For ADEK M@NJA 2013 ©| Best View: Google Chrome