

Resipi ni saya buat ikut bahan-bahan mcm spagetti bolognese je, coz teringin sgt nak mkn mcm tu. Alhamdulillah, ramai yg kata sedap hehehe, walaupon x de oregano dan keju parmesan...
Bahan-bahan:
~ Sebungkus Makaroni ( rebus letak garam & minyak sedikit)
~ Bawang Putih 5 ulas - cincang halus
~ Bawang Besar 1 Ulas - cincang halus
~ Cili Kering 10 batang - blender
~ Sos Tomato 3 sudu
~ Puri Tomato 1/2 tin
~ Sos Tiram 2 sudu
~ Sos spagetti ( prefer jenama kimball)
~ Daging Cincang (prefer jenama Ramly)
~ Lobak Merah - potong dadu
~ Sosej 5 batang - potong serong
~ Minyak Masak
~ Serbuk perasa dan garam
Cara-caranya:-
~ Tumis bawang putih dan bawang besar smpi naik bau kemudian masukkan cili blender
~ Masak sampi terbit minyak
~ Masukkan puri tomato, sos tomato, sos tiram dan daging cincang
~ Masak smpi daging cincang masak, baru masukkan lobak dan sosej
~ Masukkan garam dan serbuk perasa
~ Akhir sekali masukkan makaroni yg dah di rebus, gaul bagi rata
Siap!!
2 comments:
sedap....da cuba
tq kerana mencuba .... hehhee
Post a Comment